Sunday, August 15, 2021

EPISOD 9 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

 


EPISOD 9 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Balik dari Amerika dengan segulung ijazah semua graduan merasakan dunia ini kita yang punya! Kita rasa satu hari nanti kita akan jadi jutawan! Kita akan jadi kaya raya dan berjaya! 

Everything is on track! FY pun rasa begitu juga...

Hakikatnya langsung tidak begitu, dalam realiti hidup ini begitu sukar dan susah. Mencari duit itu susah. Hidup susah mati lagilah susah. Masa hidup bawah tanggungan mak bapak taklah rasa sesusah nie...

Memulakan kerjaya di Affin Bank, Menara Affin Bank, Wisma SPK, Jalan Sultan Ismail kemudian tak lama kemudian bertemu jodoh pada umur 27 tahun. ( Bab ni dalam episod lain! ) Untuk mencukupkan perbelanjaan perkahwinan maka FY terpaksalah berpisah dengan motor Superbike kesayangan yang dibeli dan dibawa balik dari USA dahulu. 😰 Bye-bye my love!

Dengan gaji sebanyak RM1600 tidak memadai untuk menampung kehidupan berkelamin pada ketika itu. Kami tinggal bersama abang dan kakak ipar FY dalam apartment tiga bilik di Sek 18, Shah Alam. Berkongsi dapur, peti ais dan TV tapi semuanya milik abang FY.

Yang kami ada cumalah set bilik tidur hantaran kahwin. Mungkin inilah sebabnya FY punya anak sampai enam orang. Tak ada kerja lain nak buat... Hawhawhaw...

Untuk menjimatkan kos kami naik motor kapcai Honda C70 belas ehsan bapa FY dari Seksyen 18 Shah Alam ke pusat bandar Kuala Lumpur. Dulu hebat sebelum kahwin pakai Superbike, dah kahwin pakai kapcai. Malu siyot! Apa lagi bila hantar isteri ke pejabat FY parking jauh-jauh takut ada orang nampak! Alahai...

Isteri FY pula bunting pelamin selepas itu. Nikah bulan Mac, Bulan Disember baby tu dah due. Maka lagilah akan bertambah perbelanjaan bagi persediaan untuk menyambut cahaya mata kami yang pertama yang perlu disediakan. Nasib baiklah baby due bersalin pada bulan Disember. Kenapa nasib baik? Sebab pada bulan Disember kami akan mendapat bonus dari pihak bank. Selamatttt...

Anak pertama FY, Aina selamat dilahirkan tetapi dia didapati menghidapi penyakit jantung berlubang atau VSD. Demam kepialu isteri FY bila mendapat tahu mengenai perkara itu. Dah satu masalah lagi bertambah. 

Pada FY tiada apa yang boleh FY lakukan. Bukannya FY boleh ambil pisau di dapur dan belah dada anak FY itu kemudian tampal plaster bagi memperbaiki keadaan itu. Menangis air mata darah pun tak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Apa yang FY boleh buat ialah untuk mencari jalan iaitu mencari duit bagi membiayai pembedahan anak FY itu. Ia memerlukan perbelanjaan sebanyak lebih kurang RM15000 ke RM20000 ringgit bagi menyelesaikan masalah ini. Jadi seakan tiada apa terjadi FY terus pergi kerja macam biasa sedangkan isteri FY MC 8 hari kesedihan. Katanya FY tak ada perasaan. Kulit badak air! 

Kalau orang lain terus down, terus dirundung kesedihan yang berpanjangan malah ada yang menjadi gila disebabkan kerana keadaan yang begini namun tidak FY. FY bangkit! FY tak mahu mengalah apatah lagi berputus asa. FY mula membuat kerja sambilan seperti menjual insurans, saham amanah, MLM dan sebagainya. Nak cari duit! Nak cari duit!

Di sinilah terbentuknya sikap multiple stream of income dalam diri FY dan sehingga kini ia membawa kebaikan yang banyak kepada FY. Dalam hal ini FY percaya kita semua perlu ada multiple stream of income macam yang Ahmad Maslan kata tuuu... hahahahaha... Adalah lebih baik kita punya banyak lorong pendapatan bagi menjamin kehidupan dunia yang lebih baik di masa hadapan.

Jadi dugaan Nurul Aina membangun dan memotivasikan FY untuk bekerja lebih kuat sehingga FY sampai ke tahap ini. Anda pula janganlah pakukan punggung di atas katil di dalam bilik gelap hanya kerana makwe tak jawab telefon sejak semalam... hawhawhaw...

Kemudian FY terhutang budi kepada beberapa orang dalam episod kali ini...

Director Kenanga Datuk Ramli Ismail memberikan sumbangan sebanyak RM 5k setelah FY menulis surat kepadanya. Sebab inilah amat berat untuk FY tinggalkan broker Kenanga ini. Terhutang budi punya pasal...

Sumbangan dari bapa saudara FY, Hj Ibrahim Jamal, Dato' Dr Rahman Jamal dan beberapa pihak lagi akhirnya membolehkan anak kecil bernama Nurul Aina itu menjalani pembedahan tersebut dengan jayanya...

Masalah jantung berlubang Nurul Aina selesai... Alhamdulillah kepada Allah FY panjatkan kesyukuran...

Kes jantung berlubang Nurul Huda anak kelima FY? InsyaAllah no problemo... Kali pertama memang susah tapi kali kedua lebih senang... InsyaAllah...

FY al Haj
Hidup kena cool, Hati kena mulia...

PS - Ijazah Sarjana Muda tu ori tauu... Hawhawhaw..

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook



No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...