Sunday, August 15, 2021

EPISOD 24 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

 

EPISOD 24 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Kisah hari ini berstatus PG18! Hawhawhaw...

Bersambung kisah Mr Cha yang kuat maki hamun semalam teringatlah satu kisah dalam hidup FY yang ada kena mengena dengan cerita itu. Hari ini FY ingin ceritakan tentang episod tersebut.

1983-1986
Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad
Petaling Jaya

Dalam kelas FY boleh dikatakan semuanya berbangsa Cina. budak-budak pandai sekolah tapi bapak nakal.

Dinding belakang kelas dijadikan tempat untuk berkungfu nak tengok siapa yang boleh cop tapak kaki yang paling tinggi sekali.

Cukup haribulan datang Cikgu Nik guru disiplin kena keluar duit tong-tong beli cat. Tak pasal-pasal hari Sabtu kena datang sekolah cat satu kelas. Adoiyai...

Kemudian adalah seorang cikgu melayu ni suka pakai skirt pendek.. Silaplah... cermin dijadikan alat yang penting untuk mengendap cikgu pakai seluar dalam warna apa... Lepas tu nak beritahu kawan-kawan yang lain cakap bahasa Cina. Habis ketawa satu kelas. FY kenalah minta terjemahan. Dah faham baru ketawa. Dua kali ketawa. Kali pertama ketawa sebab satu kelas ketawa, kali kedua ketawa sebab dapat tahu spender cikgu warna coklat ada gambar butterfly... Rosak betulll... Hawhawhaw....

Satu hari masa PE aka Physical Education semua murid ke padang kecuali Clinton. Si Clinton pulak pi bengkokkan semua bilah kipas di kelas. 

Apa lagi. Mengamuklah Cikgu Nik. Tanya siapa buat. Tak siapa mengaku. Satu kelas kena tok ketampi pastu detention... Adoiyai...

Faham-fahamlah remaja. Mencarut no 1. Kalau bercakap tu tak mencarut tak sah. dengan bangsa Cina ni mencarut kalau tak Bahasa Inggeris, bahasa Cinalah... Bahasa Cantonese... Bab bahasa mencarut ingat tapi bila nak cakap bahasa Cina yang lain tak tahu pulak! Pelik betul

Main bola kat padang agak-agak tak puas hati mencarut. Entah macamana Cikgu Nik sudah dengar. Habis keluar notis larangan perkataan lucah di seluruh sekolah.

Depa ni tukarlah... dah macam-macam bunyi keluar sebagai ganti... fuku lah, cabai lah, macam pulut dan lain lain... Hawhawhaw...

Suatu hari tak tahu macamana keluarlah perkataan F tu secara tak sengaja kat rumah.

"Pangggggg" Satu penampar sulong hinggap kat muka! Berdesing telinga... Satu hun lagi mahu pecah gegendang telinga FY.

Terus insaf. Lepas dari tu habislah kisah mencarut FY tuuu...

Bila dah dewasa ni dengar bebudak mahupun anak-anak la ni bercakap F words kat sini sana teringat FY akan kisah ni...

Bila difikirkan punyalah banyak perkataan halal yang boleh kita utarakan tapi kita nak pilih yang makruh ke haram jugak. Pasti Allah bagi mulut bukan untuk disalahgunakan berkata yang buruk yang boleh menjejaskan perhubungan dan sebagainya...

Cuba bayangkan anda cuma ada 10 perkataan sahaja nak cakap. Apa yang akan anda perkatakan? Takkanlah nak mencarut! Ingat Allah lagi baik!

Manusia memang lebih senang mengkeji tapi susah memuji. Cuba kira berapa banyak kejian yang dah kita keluarkan dan berapa banyak pula pujian yang dah kita suarakan? FY yakin kejian lebih banyak dari pujian bukan? Adoiyai...

Takperlah InsyaAllah ada kesempatan besok kita cerita lagi. BTW FY ada di Kuching hujung minggu ini untuk menjalankan seminar saham From Zero to Hero selama 2 hari.

Sekian episod kali ini...

FY Al Haj

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook


No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...