Sunday, August 15, 2021

EPISOD 38 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 38 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY


Dulu masa FY mula menjadi remisier ramai yang berkata pada FY yang ia adalah satu keputusan yang silap. Kerana industri ini adalah sunset industry. Kerana dulu brokerage tinggi namun sekarang tidak lagi. Kerana online trading akan mengambil alih dan 1001 satu lagi sebab kenapa ia satu kesilapan untuk menjadikan remisiering sebagai satu kerjaya.

Pada ketika itu kata-kata mereka ada kebenarannya, mana taknya begitu ramai remisier dan dealer meninggalkan industri ini semenjak kemeruduman pasaran saham tahun 1997 dahulu. Yang pergi tak kembali dan yang barupun tak datang lagi. Komisyen berkurangan dan syarikat broker juga merasa tempiasnya. Banyak cawangan syt broker terpaksa ditutup.

Namun FY berdegil kerana beberapa faktor berikut;

  • Bursa Malaysia akan tetap berada di sini. 
  • Bursa merupakan tempat dimana terdapat bertimbun duit di dalamnya. FY cuma perlu cari jalan untuk mengeluarkannya.
  • Ramai remisier Cina yang masih bertahan. Kalau mereka boleh buat pasti FY pun boleh juga.
  • Ekonomi Malaysia yang masih membangun dan emerging pasti akan merancakkan lagi Bursa di masa hadapan.
  • Kerjaya remisier adalah satu perniagaan dan perniagaan boleh membawa kepada pendapatan yang tinggi tidak seperti penggajian.
  • FY memang bekelayakan punya diploma dan ijazah dalam bidang analisa saham dari USA jadi pertukaran kerjaya pasti menyukarkan dan mengambil masa.
  • dan banyak sebab lagi.
Jadi semuanya bermula. Dari makan gaji sebagai dealer hingga menjadi remisier jatuh bangun untung dan rugi melabur saham adalah perkara biasa. Pelbagai strategi dipelajari dan dilaksanakan namun acapkali membawa kegagalan. Beratus jurus dicuba dan diaplikasikan tapi kegagalan juga yang menanti.

FY percaya kalau FY tak boleh buat duit melabur jadi macamana FY nak kongsikan kaedahnya. Ye tak? Kalau FY pun rugi, macamanalah FY nak ajar para pelabur untuk buat untung. Betul tak?

Tapi masa, ilmu dan pengalaman yang timba sepanjang lebih 20 tahun dalam industri ini akhirnya berbaloi. Sedikit sebanyak teknik pelaburan yang menguntungkan telah dapat FY perhalusi. Kita takkan jumpa tekniknya kalau kita tak cari. Kita juga takkan jumpa kalau kita tak tahu apa yang nak kita cari. Betul tak? 

La ni dengan teknik IMANTAP FY yang terdiri dari kombinasi pelbagai analisa telah memudah dan membantu ramai pelabur menjana keuntungan dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Oleh sebab itulah daripada lebih 800 remisier di Kenanga Investment Berhad FY merupakan top performing remisier dan dikurniakan anugerah kerana pencapaian itu buat beberapa tahun berturut-turut. 

Siapa kata kita tak boleh bersaing dengan mereka? Siapa kata kita lemah? Kalau kita kata tak boleh maka tak bolehlah hasilnya. Kalau kita sendiri tak percaya kepada kebolehan diri kita sendiri maka siapa pula yang akan percaya?
Kemudian dari 6900 Remisier dan Dealer FY adalah satu satunya remisier yang dipilih pihak Suruhanjaya Sekuriti sebagai Speaker yang mereka tauliahkan untuk Roadshow InvestSmart di seluruh pelusuk tanahair.

Kemudian FY juga adalah Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera dan baru-baru ini kami berjaya mendapatkan geran 5 juta untuk kebajikan para remisier dan dealer seluruh Malaysia.

Hari ini pula majalah labur di  alam maya ini menyenaraikan FY sebagai antara sifu saham yang berkelayakan dan boleh dipercayai pelabur. Linknya seperti di bawah ini...


Bayangkanlah apa akan jadi kalau FY mengalah dulu...

Sebagai seorang muslim, kita sebenarnya kuat kerana kita punya mata hati. Mata hati yang tajam akan membantu kita melihat sesuatu yang tersirat. Sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata akal dan mata kasar. Kelebihan ini bakal membawa kejayaan kepada kita walau dalam apa juga yang kita lakukan. Nak cerita pasal bab mata hati ni pun panjang kisahnya. Mungkin di lain kesempatan.

Apapun masih banyak yang perlu dilakukan demi perubahan ke arah kebaikan dan kemajuan ummah. Doakan anak pak gad bernama FY nie okay!

Sekian dulu episod kali ini.

FY Al Haj

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...