Sunday, August 15, 2021

EPISOD 27 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 27 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

1990
Tahun 2, ITM Shah Alam

Tapi biasalah melayu mudah lupa menjelang tahun kedua di ITM tekad dan azam FY untuk menjadi pelajar cemerlang dan membanggakan kedua ibu bapa mula pudar dan hilang dari ingatan.

Pada FY, ITM adalah tempat di mana semua asas-asas kehidupan FY diperkukuhkan. 

Pada ketika itu bermain boling di Komplek PKNS bapak murah. RM1.00 satu game. Nak tutup agaknya bowling alley tu. Jadi kalau ada masa dan duit pasti kami akan bermain di sana. Di sini kemahiran bermain bowling meningkat. Sampai sekarang kalau ada pertandingan boling tertutup bersama kawan-kawan pasti FY boleh memenanginya...

Geng-geng motor pula ramai jadi di sinilah kemahiran merempit diperkukuhkan sehingga pernah satu hari FY dikejar warden kerana merempit mencilok di antara dua bas panjang... Adoiyai...

Main game, bersukan dan snooker satu lagi kemahiran yang perlu ada sebagai mahasiswa di ITM. Kelapangan dan kebebasan sebagai mahasiswa membolehkan kami menghabiskan masa untuk semua itu. Kalau main game tu letak 20 sen boleh main lebih 3 jam. Buat marah apek tempat game tu jer...

Tapi kalau difikirkan balik banyak buang masa jer... Adoiyai...

Pada masa yang sama kemahiran pergaulan dengan si gadis juga mula terbentuk dan mengukuh. Kisah-kisah cinta monyet semakin berubah menjadi cinta angsa. Cinta sejati kononnya... hawhawhaw...

Pada satu hari ketika dalam event merentas desa itulah kali pertama FY ternampak gadis idaman Malaya. Dalam kisah ini kita namakan dia Sara Jasmin.

Sara ni orang melaka kacukan baba nyonya jadi punya paras campuran melayu dan cina. Anak orang senang dan langkahnya teratur umpama model. Kalau di ITM ni kami panggil buku Red Spot. Macam buku di perpustakaan, buku yang istimewa dan sukar didapati kerana ada sahaja pelajar yang akan meminjamnya. Buku yang ditanda dengan stiker merah.

Jadi kalau dia lalu dekat depan hostel lelaki blok D menuju ke hostel perempuan di blok E, maka satu asrama akan menjerit dan memanggil namanya. 
"Sara aku cinta padamuuu..."
"Sara jom keluar dating! Abang belanja!" Teriak mereka.

FY dan kawan-kawan juga tak nak  ketinggalan pasti akan ke muka tingkap untuk menjerit dan menyakat si Sara. Havoclah satu Kolej setiap kali Sara keluar dan masuk ke hostel.

"Fuh! Untunglah kalau siapa dapat Sara nie..." Kata Azlan roommate FY tu.
"Kalau aku dapat Sara tu setahun aku tak keluar bilik" Ujar seorang lagi kawan kami diiringi gelak tawa. FY Sekadar tersengih...

Memandangkan Sara tak ada boyfriend, maka ramailah siswa baik junior mahupun senior yang menyimpan hasrat untuk menjadi pakwe Sara. FY? Alamakkk bagai burung Pipit dengan Enggang manakan mampu terbang bersama... Anak Pak Gad bawak kapcai lampu bulat... (tapi hensem... ðŸ˜‚hawhawhaw)

Satu hari FY terserempak dengan Sara di Kuala Lumpur. FY memakai jeans, T-shirt, Jacket Stone Wash dengan helmet berjenama Magnum bewarna pearl white di tangan.

Sara pula memakai baju kurung merah jambu berbunga kecil... Memang ayu. Rambutnya panjang ikal mayang...

Sebenarnya FY tak ada niat nak menackle Sara Jasmin tapi oleh sebab FY nak tanya sesuatu pasal kawannya maka FY beranikan diri menegur dan bertanya padanya.

Alamakkk.. dia menjawab dalam Bahasa Inggerislah... nasib baiklah anak Pak Gad ni memang lulus A dalam setiap ujian Bahasa Inggeris berkat banyak tengok cerita orang putih. Hawhawhaw...

Setelah bertanya dan berbual seketika dalam bahasa Inggeris dengannya dan setelah mendapat jawapan FY pun berlalu...

Blank jer.

################

Dalam kelas.

Salah seorang siswi kelas tersebut memanggil FY dan menyampaikan salam... Salam dari Sara Jasmin yang juga merupakan kawan biliknya.

FY terkejut beruk! Kenapa lak Sara Jasmin yang begitu cun dan lengkap pakejnya nak kirim salam pada anak Pak Gad ini?

Kemudian roommatenya itu ada menyebut yang Sara kata FY seorang yang ada pendirian
tak seperti orang lain...

Ada pendiriannn??? Bisik hati FY termangu... Nak tergelak pun ada...

"Takperlah kirim salam sayang padanya..." Jawab FY berseloroh...

Bersambung...

Moral of the story malam ini? 
Jangan buang masa macam FY semasa anda jadi siswa siswi... Hawhawhaw...

FY Al Haj

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

 Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;


Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...