EPISOD 29 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY
Sukar sebenarnya anak pak gad nak bercinta dengan Sara Jasmin anak orang berada...
Pertamanya bila nak dating kena keluar duit... Seminggu belanja RM20 kat ITM... Cukup-cukup je untuk belanja seminggu. Macamana nak belanja Sara Jasmin makan KFC apatah lagi nak makan restoran... Adoiyai...
Takkanlah Sara Jasmin je yang nak belanja ye tak? Malu wehh! Apa lagi sesekali pinjam duit Lord ler takpun abang FY menjadi mangsa... Hawhawhaw... Tapi entah kenapa Sara begitu baik dengan FY dan dia langsung tak berkira. Keluar dating FY ada 2 hinggit je pun dia tak kesah.
"Tak kesahlah bang, janji Sara dapat bersama abang" Katanya seraya tersenyum manja... Cair hati ni beb...
Keduanya Sara Jasmin tak naik motor... Lagi-lagi motor kapcai lampu bulat milik FY tu. Apa lagi Azlan roommate FY ler yang jadi mangsa bawak balik motor kapcai tu dari Business School kembali ke Kolej Jati di Seksyen 2. setiap kali FY dating dengan Sara... Thanks Lan! (Kalau Lan dijodohkan dengan kisah anak pak gad nie...)
Ketiganya Sara Jasmin memang tinggi budi bahasanya. Jadi kenalah pakai ganti diri saya awak. Walhal dikalangan mat motor kita pakai wa lu sebagai ganti nama... Budi pekerti pun tak payah jaga... Main balun jerr... Payah!
Semakin lama dalam perhubungan itu panggilan saya digantikan dengan panggilan abang... Chewahhh...
Keempatnya bukan mudah nak jaga beb... Gula maka banyaklah semut yang nak menghurungnya... Nak tidur pun tak senang dibuatnya... Hawhawhaw...
Bila kawan-kawan mat rempit (dulu mat motor) Kolej Jati mendapat tahu yang Sara Jasmin merupakan girlfriend FY jadi kawan-kawan lebih lebih lagi budak-budak Engineering menjadikan Sara Jasmin sebagai maskot kami. FY kenalkan Sara dengan semua kawan-kawan mat motor FY tu. Semuanya Mat Rock kapak! Mat Thrash pun ada... Masa tu layan lagu Scorpion, Iron Maiden, Metallica, Bon Jovi, Megadeth dll... Yang layan Cromox dan Death Metal pun ada...
Kalau ada sesiapa yang cuba tackle Sara Jasmin maka merekalah yang akan cover bagi pihak FY. Jadi tak siapa yang berani menghampiri Sara... Mereka juga merasa bangga bila Sara yang cun itu menegur mereka bila berjumpa. Keadaan itu membuatkan para siswa lain tertanya-tanya...
Masuk tahun 3 di ITM. FY part 5 Sara part 3 Diploma Kimia.
Para juniors baru masuk beberapa bulan.
Kami para mat motor lepak minum air jagung di warung Pegaga Sek 2 dengan beberapa orang junior...
"Abang-abang ada kena ke ada seorang siswi dalam Diploma Kimia?" Tanya salah seorang dari junior tersebut.
"Siapa namanya?" Tanya Jawa... Salah seorang kawan FY.
"Nama dia Sara... Sara Jasmin... Memang cun orangnya..." Tambah Junior tu lagi...
"Kenapa? Lu nak kenal dengan awek tu ke?" Tanya kawan FY yang lain.
FY cuma tersenyum... Seakan faham apa yang mereka rencanakan.
"Mestilah bang... Siapa taknak kenal awek cun macam tu..." Ujar si junior tu lagi...
Entah macamana Sara Jasmin dengan kawannya Faz lalu di hujung sana menuju ke salah sebuah gerai yang terdapat di situ.
"Itu dia bang! Itu dia bang!" Kata junior itu teruja...
"Betul kau nak kenal ni?" Tanya si Jawa yang berbadan sasa itu.
"Betul bang! Betul!" Jawab si Junior gembira.
"Lu tunggu sini kejap..." Jawa bangun mengatur langkah menuju ke arah Sara... Sampai dia berbicara sesuatu kepada Sara, Sara menoleh ke arah kami dan tersenyum.
"Wah! Rezeki lu ni bro dapat kenal dengan Sara Jasmin..." Kata Lord pula sambil memandang FY dan tersenyum penuh makna.
Jawa kembali berjalan beriringan dengan Faz dan Sara menuju ke meja kami...
Setibanya di situ, dia terus mendapatkan FY... "Abang panggil Sara?" Soal Sara dengan nada yang perlahan...
Semua mat motor di situ gelak bersepah... Mereka berjaya mengenakan para juniors yang berada di situ..
Sara terkesima... tak faham apa yang telah terjadi...
"Korang jangan nak berangan nak tackle Sara yer! Langkah mayat kami dulu! Sara ni makwe FY kalau korang nak tahu!" Ujar Jawa kepada budak junior tu...
Budak junior itu terkejut kerana tak menyangka sama sekali yang pakwe Sara Jasmin merupakan seorang mat motor yang berada di situ.
Apakah yang kesudahan dalam kisah Sara Jasmin dengan anak pak gad ini? Kenapa FY tak boleh letakkan gambarnya? Jangan lupa nantikan episod terakhir mengenai Sara Jasmin ini besok. Semua jawapan ini akan terjawab...
Kasi saspen sikit...
FY Al Haj
PS - Ingatlah sebagai manusia kita hanya layak dan berhak berkasih sayang sesama insan... Cinta hanya kepada Allah Taala yang Esa...
Andai kita cinta selain dari Allah maka percayalah lambat laun ia akan membawa mudarat...
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
No comments:
Post a Comment