Sunday, August 15, 2021

EPISOD 12 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY



EPISOD 12 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Episod FY mencari duit.

Oleh kerana kesukaran hidup pada zaman itu, FY mula mencari duit bekerja sejak muda remaja lagi, seawal umur 15 tahun. Yelah pada masa itu banyak peer preasure dari sekeliling. Budak lain ada kereta remote control, ada basikal BMX, ada permainan Nintendo dan sebagainya. Kita tengok merah mata jer. FY nak kena ada jugak, tak dapat baru second hand pun jadilah...

La ni anak FY apa jer yang tak ada... Boleh dikatakan semua yang kanak-kanak lain ada, depa pun ada. Basikal Fixie, Xbox, Motor kecik, Kamera DSLR, Hoverboard, Scooter semua ada. Bukan setakat kereta control, kereta control siap boleh naik lagi! Bukan apa, FY taknak anak-anak FY rasa apa yang FY rasa dulu.

Kadang-kadang bukan anak FY yang nak tapi FY yang lebih. Hawhawhaw.... Faham-fahamlah dulu tak dapat maa...

So untuk dapatkan semua ini kenalah cari duit. Pada mulanya FY membantu abang Razali menjual buah-buahan kemudian Busu Halim menjual air soya dan taufu fah di pasar malam.

Pulang dari sekolah FY akan mengikuti mereka dari satu pasar malam ke satu pasar malam yang lain. Samaada di Seksyen 17 Petaling Jaya, Brickfields mahupun di Pantai Dalam. Buka gerai, pasang khemah, buka meja, letak barang jualan hinggalah sampai lewat malam masa untuk tutup gerai. Menjual memang best kecuali hari hujanlah tapi nak buka tutup gerai memang memenatkan. Besok lalu rutin yang sama ke tempat lain pula. Dapatlah duit poket lebih sikit untuk ke sekolah. Sambil tu dapat buah-buahan atau air soya kalau tak habis dijual.

Sebenarnya pelajaran penting di sini ialah untuk melenyapkan perasaan malu dari dalam diri. Kalau dahulu FY berada di tempat pembeli, buat kali pertamanya FY seorang remaja berdiri di hadapan gerai berada di tempat penjual. Malu wei. Kang kawan sekolah nampak, jiran nampak, awek nampak dsbnya... Macam-macam bermain di kepala. Tapi sebab nak cari duit punya pasal FY lupakan semua itu. Lama-kelamaan perasaan malu itu hilang dan menjual menjadi perkara biasa.

Lepas SPM kerja jaga peperiksaan di UM dan kemudiannya sebagai cleaner di Subang Airport. Kalau sekadar cuci tandas, mop lantai, wax lantai, lap cermin bawa mesin cuci lantai tu perkara biasa. Untuk pengetahuan anda mengendalikan mesin cuci lantai itu bukannya mudah. Silap bawa ia akan berpusing-pusing dan wayarnya akan membelit diri anda. Tak caya tanyalah kawan cleaner anda! Ada ker? ðŸ˜‚

Dapatlah duit sikit sebagai persediaan untuk masuk ke ITM.

Cuti semester dalam sebulan FY cari kerja juga, sebab nak cari duit untuk yuran dan persediaan untuk kembali ke ITM dalam semester yang seterusnya. Tak kesahlah apa kerja janji halal. Cari aje dalam surat khabar Malay Mail pada masa itu. (Dulu suratkhabar Malay Mail ni ada ruang Classified dimana banyak iklan ada di situ) Sure ada kekosongan kerja di sana sini. Yang penting masa interview pakai sijil SPM, jangan cakap kita tengah cuti semester. Kalau tak, tak dapat kerja nanti. Tipu sunat sikit! Hawhawhaw...

Dapat kerja 7 Eleven, kerja syif. Kalau syif malam kena masuk stok, kena buat front facing, kena cuci mesin aiskrim, dulu 7 Eleven ada jual aiskrim yang macam aiskrim McDonald's tu. Kerja 7 Eleven ni ada satu benda yang tak boleh tahan iaitu bunyi pintu ting tong itu. Bila hari-hari dengar mimpipun dengar bunyi ting tong ting tong ting tong... bunyi bila orang keluar masuk kedai. Kalau tak percaya cuba tanya kawan anda yang kerja 7 Eleven tu. Ada ke?. ðŸ˜‚

Sebenarnya selain itu FY pernah bekerja di McDonald's, mengajar tuition, mat despatch, kerani dan macam-macamlah tapi itu dalam episod yang lain nanti. Bawak fork lift yang tayar belakang yang bergerak tu pun pernah buat!

Setelah melalui semua ini apakah yang terjadi pada FY? 

Jawapannya mudah. 

FY menghormati dan menyayangi semua orang, Cleaner, Tea Lady, pekerja McDonald's, 7E, Mat Despatch, pekerja gerai dan sebagainya kerana FY pernah berada di tempat itu. FY faham perasaan dan hati mereka bila kena marah dengan pelanggan dan sebagainya. 

FY juga sayang pada Pak Gad sebab mereka mengingatkan FY kepada arwah bapa FY. Kalau ada peluang sure FY belanja depa makan.

FY selagi daya akan cuba mengelakkan diri dari memijak lantai yang baru dimop cleaner kerana tidak mahu meninggalkan jejak untuk dimop semula. Kesian cleaner tu.

FY selagi daya akan mengemas meja dan membuang sampah ke dalam tong di Mc Donald's kalau FY makan di sana.

Tak kesahlah siapapun anda, FY akan tetap muliakan lagipun tak masuk syurga seorang manusia yang sombong. Lagipun apa yang kita ada untuk disombongkan? Semuanya hakmilik mutlak, amanah yang dipinjamkan oleh Allah Taala kepada kita. Tak kiralah ilmu, rupaparas, harta benda, kepandaian dan sebagainya ia pinjaman Allah semata-mata dan Dia boleh mengambilnya semula dalam sekelip mata!

Seperkara lagi kemuliaan seseorang terletak pada ketakwaannya kepada Allah Taala. Tak kiralah dia cleaner pun. Tah tah cleaner tu lebih mulia kedudukannya di sisi Allah berbanding kita. Tah tah cleaner tu anak keluarga miskin tengah cari duit untuk menyambung pengajiannya. Tah tah satu hari nanti cleaner tu jadi Remisier berjaya! Hawhawhaw...

PS - Tulis episod ni rindu pulak nak makan taufu fah... Kat mana ada jual yer?

PSS - Sesekali makan di McD sesorang tengok budak-budak tu bekerja teringat pulak kisah silam... 

Andainya anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook


No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...