Sunday, August 15, 2021

EPISOD 23 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY




EPISOD 23 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

1996 
Kenanga Investment Bank Berhad

FY mula bekerja di Kenanga sebagai Institutional Dealer untuk Morgan Grenfell. Bagi yang tak tahu, dealer's representative ni adalah wakil peniaga berlesen yang bekerja dengan Bursa Malaysia dan makan gaji dengan Broker yang mana tugasnya ialah untuk menjual dan membeli saham bagi pihak pelanggan.

Susah dan tension sebenarnya kerja sebagai Institutional dealer ni. Jual beli saham institusi secara pukal bukanlah perkara yang mudah.

Kalau membeli sesuatu saham kena pastikan kita membeli pada harga yang lebih murah dari harga purata pasaran pada hari tersebut. Kalau kita menjual pula kita kena pastikan kita menjual pada harga lebih tinggi dari harga purata pasaran pada hari tersebut. Bukan nak kena jaga satu kaunter sahaja tapi adakalanya sampai 10 kaunter sekaligus.

Jadi mata kena umpama burung helang yang memantau pasaran saham 24 jam. Nak ke tandas pun susah!

Kalau buat silap, terlebih beli, terlebih jual, terkurang beli, terkurang jual, tersalah kaunter, terlebih harga beli, terlebih harga jual semua pasti kena bambu punya. Adoiyai... FY masa tu masih muda dan kurang pengalaman.

Dalam team tu ada seorang senior dealer berbangsa Cina yang sombong lagi angkuh! Memang FY selalu menjadi tempat dia melempiaskan amarahnya. Huruf F dan kata-kata makian memang jadi makanan ruji FY sepanjang FY dalam team tu. Dahlah baru nak mulakan hidup, duit tak berapa nak ada, anak sakit jantung berlubang lak tu. Pastu dok kena balun kat tempat kerja. Apa lagi masa kena bambu tu pandang bawah, pandang kat kasutlah tengok berabuk ke tak... FY sabar je... Dalam hati berkata... Tunggulah satu hari nanti... 

Kita namakan senior dealer tu Mr Cha dalam cerita ini.

Balik rumah bila mengadu pada isteri tapi manalah isteri FY faham kerana bidangnya yang berlainan. Nak tak nak simpan dalam je lah... Memang beginilah nasib kami dalam bidang nie.. Tak ramai yang akan faham.

Malah kalau anda seorang pelabur saham pun ramai di sekeliling anda yang takkan faham. Satu kampung anda seorang sahaja yang melabur saham. Macamana tu... Hawhawhaw...

Takperlah tamadun Malaysia masih muda dan mentah. Ramai yang belum terbuka dalam aspek pelaburan saham ini...

Tak lama lepas tu FY mengambil keputusan memohon untuk ditransferkan dari team Institution tu ke bahagian retail. Alhamdulillah permohonan itu berjaya.

2013
Kenanga mengadakan pertandingan di kalangan remisier dalam beberapa kategori dan FY memenangi kategori remisier yang paling banyak akaun dibuka. Pemenang dijemput untuk sesi menyampaian hadiah di Hotel Hilton. Macam biasalah semua pemenang berbangsa Cina kecuali FY.

Apapun Mr Cha ada kat situ. Terkejut tak sangka bagaimana FY boleh berada di sana. Sejak itulah agaknya Kenanga tak berani buat pertandingan remisier mana buka akaun CDS paling banyak... Sebab depa dah tahu siapa pemenangnya... Hawhawhaw...

2014
2015

FY menerima anugerah sebagai salah seorang top performing remisier di Kenanga.

Mr Cha juga ada kat situ. Tapi dia layan FY baik gilerrr... Siap hidangkan FY makan minum... Dia dah insaf agaknya... Hawhawhaw...

Macam nilah hidup satu hari kita dikeji dihari yang lain pula kita dipuji... Yang penting bukan kita yang mengeji...

Kalau anda di tempat FY, apakah tindakan anda dalam situasi ini agaknya?

Janganlah begitu... kita orang Islam, kita seorang muslim. Kita mesti menjaga akhlak!

Apapun FY tak hebat. Allah yang Maha Hebat. FY cuma memegang taliNya berdoa dan terus-terusan berusaha tanpa jemu tanpa putus asa. InsyaAllah pasti ada ganjaran bagi setiap usaha itu walaupun usaha itu sebesar zarah sekalipun.

Dalam hal ini FY tak perlu buat apapun... Tak perlu balas dendam dan sebagainya kerana semua ini kalau ada susunan dan ketentuan Allah pasti ia akan berlaku...

Apapun hidup kena cool... Hati kena mulia...

FY menutup cerita hari ini...

FY

PS - Mr Cha jangan ambik hati yer... dan terima kasih atas tunjuk ajar...

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook



No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...