Sunday, August 15, 2021

EPISOD 26 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 26 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY


Keeping up with the Joneses...

Oleh kerana sifat tak tahan dengan peer preasure orang kita ni selalu sahaja cuba bersaing dan melawan antara satu sama lain.

Kita bersaing nak tunjuk siapa paling hebat, siapa yang lebih pandai, siapa yang lebih kaya, anak siapa yang lebih bagus, menantu siapa yang lebih bagus, rumah, kereta, pangkat, kelayakan, nama, gelaran, ilmu, amal dan sebagainya semuanya dijadikan ukuran. Apa sahaja elemen yang kita boleh menang akan kita tunjukkan. Adakah itu sifat yang baik?

2010
Memetik pulasan di kebun bapa mertua di Kg Kering, Labu dengan abang ipar. Pada ketika itu FY pakai kereta Myvi warna merah.

"Wah! sepupu angah hari tu datang rumah bawak kereta Hyundai Trajet baru..."

"Diorang memang macam tu Zal, kalau seorang beli Saga yang lain beli Wira, seorang lagi up beli Waja, yang up lagi beli Kia,up lagi beli Honda Civic dan begitulah seterusnya... Angah tak mampu FY... Kereta Wira angah tu dah habis bayar tu pun dah cukup baik..." Angah bercerita.

"Takperlah kalau macam tu nanti FY InsyaAllah suatu hari nanti FY nak beli kereta Vellfirelah ngah..." Kata FY seakan berseloroh...

"Ye ke FY... Boleh percaya ke nie? Macamana nak cari duit nak beli tu?" Soal angah seakan tak percaya...

"Tahulah FY... InsyaAllah... Satu hari nanti. Biar diorang jalan dulu... Tungguuu..." Tambah FY lagi...

*******************

"Abah kenapa abah pecut laju sangat nie?" Kata Aina anak pertama FY bila melihat FY memecut begitu laju di lebuhraya menuju ke Kuala Lumpur.

"Abah nak tengok kereta Vellfire kat depan tu ha dekat-dekat..." Ujar FY.

"Kereta Vellfire kereta apa tu bah?  Tak pernah dengar punnn?..." Tanya Aina pula.

"Tu ha kat depan tu... yang besar macam kotak warna putih tu... Satu hari abah nak beli kereta tu. Nanti kita sekeluarga tak payah duduk berhimpit-himpit macam sekarang..." Jawab FY.

"Mana kita mampu nak beli kereta tu bah... Kereta tu mahallah bah! Orang kaya bolehlah.." Tambah si Aina.

"Abah ni kuat beranganlah..." Kata Nadia anak kedua FY pula...

"Tunggguuuu..." jawab FY tersenyum dengan keletah anak-anaknya.

2013
Kami sekeluarga mengalami kemalangan di satu persimpangan di Nilai. Kereta Myvi merah FY bersama keluarga dilanggar sebuah kereta proton Saga berwarna Hijau. Nasib baiklah FY sempat mengelak. Kedua-dua airbag bahagian depan meletup keluar mengurangkan kecederaan. Kalau tak pasti ia lebih teruk. FY, Isteri, Aina dan Ammar cedera ringan. Nadia dan Huda selamat. Bahagian depan kereta Myvi itu remuk teruk. Nasib baik kereta itu tidak terbabas melanggar pokok. Ia terhenti lebih kurang sekaki dari pokok tersebut.

Selama beberapa bulan FY tak punya kereta dan terpaksa meminjam kereta Proton Savy milik sepupu isteri FY menanti kerosakan kereta Myvi itu dibaik pulih...

2014
"Surpriseeee!!!" Ammar dan adik adiknya terkejut bila nampak kereta Vellfire elok terpakir di depan rumah.

"Surpriseeee!!!" Nadia terkejut bila FY datang menjemputnya di asrama sekolahnya...

"Kenapa abah tak cakap abah nak beli kereta Vellfire? Abah cakap nak beli kereta Alza je... " Entah kenapa mata Nadia berair entah dia sedih entah dia gembira FY pun tak tahu...

"Surpriseeee!!!" Aina terkejut melihat kereta Vellfire putih datang menjemputnya dari asrama di Port Dickson.

"Kereta siapa ni bah? Abah pinjam kereta ni yer bah?" Soal Aina bertalu-talu...

"Kereta ni abah belilah Aina...Abah siap cari yang 8 seat supaya muat kita semua sekeluarga..."

"Surpriseeee!" Kata FY menunjukkan kereta Vellfire itu kepada ibu FY tu semasa FY datang menziarahnya.

"Kau biar betul FY! Macamana kau nak bayar kereta ni nanti... Membazir jer... Betul ke kau mampu nie?" Soal Ibu FY mencari penjelasan. FY faham apa maksudnya. Sebagai orang susah sebenarnya sukar untuk mengambil keputusan yang besar begini. Ia seakan berada terlalu jauh dari jangkauan kami. Namun itu adalah satu hakikat yang perlu diatasi.

"Surpriseeee..." Agaknya apa kata arwah bapa FY si Pak Gad kalau dia tahu mengenai perkara ini? FY yakin andai dia masih hidup pada ketika ini pasti dia rasa bangga dan gembira dengan kejayaannya anaknya ini.

Mana-mana kejayaan sekalipun akan memberi dua jenis impak kepada sekeliling. 

Satu me"rai" dan memberi sokongan...
Dua hasad dengki dan menjauhkan diri....

Sebenarnya pada FY dalam hal ini
tak kesahlah apapun kisahnya, menang atau kalah semua ini atas ketentuan Allah Taala. Sesungguhnya semua nikmat itu adalah di tangan Allah Taala. Dia yang memberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.

Ia hanyalah semata-mata satu amanah, satu pinjaman yang bersifat sementara dari Allah Taala. Ia tak boleh digunakan untuk kita bersifat riak, sombong dan takbur atas apa yang Allah kurniakan kepada kita.

Jangan kira rezeki orang, kira rezeki sendiri. Kalau kita rasa tak
cukup berusahalah 2 kali ganda dari apa yang kita usahakan pada ketika ini. Jangan sesekali berputus asa.

Seperkara lagi janganlah kita iri hati kalau nampak kawan kita tu berjaya sebaiknya kita raikan. Anda perlu tahu orang yang berjaya selalunya suka membantu orang lain juga agar mereka semua berjaya. Namun demikian bagaimana kita hendak mendekati mereka kalau kita bersifat iri hati dengan mereka?

FY Al Haj

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook



No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...