Sunday, August 15, 2021

EPISOD 21 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

 


EPISOD 21 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Episod perkenalan dengan Ramzie...

1996
Masjid KLCC

Suatu hari selepas solat jumaat di masjid KLCC, motor Ramzie nyaris dicuri, tempat memasukkan kunci motor itu telah berlubang namun pencuri itu gagal untuk melarikan motor RXZ itu.

Ramzie terduduk di bawah pokok berdekatan dengan motor kesayangannya itu mencari teduh dari sinaran matahari yang tegak di atas kepala hari itu. Rokok dipasangkan. Dia perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Takkanlah dia nak meninggalkan motor itu di sana. Dia perlu mencari jalan untuk membawa motor itu pulang ke pejabat.

Kawan-kawan dealernya menegur bertanya akan permasalahannya kemudian berlalu seorang demi seorang setelah mendapat tahu kisahnya namun demikian tak ada seorangpun yang sudi menghulurkan bantuan. Ramzie menjadi resah. Hatinya sedikit geram dengan tindakan kawan-kawannya itu.

Jemaah yang lalu lalang pulang dari masjid semakin berkurangan, kawan-kawannya juga tidak kelihatan lagi.

"Kenapa ni Zie?" Satu suara kedengaran menegurnya dari belakang.

Ramzie menoleh. Dealer yang baru bekerja di Kenanga yang tidak disukai ramai yang menegurnya sambil tersenyum.

"Nak padankan muka akulah nie..." Bisiknya dalam hati...

"Tak ada apa motor aku ni nak kena curi..." Jawabnya pendek...

"Tak boleh start?" Soal dealer tu lagi.

"Tak.. Dah berlubang ni ha... Macamana nak masukkan kunci..." Ujar Ramzie...

"Hurm... Kau tunggu jap..." Dealer baru itu terus menaiki motor superbikenya lantas berlalu pergi.

Ramzie duduk. Sebatang lagi rokok dinyalakannya... Entah datang entah tidak mamat nie.. ' Kalau tak boleh kena tolaklah nampaknya nie... Tapi aku akan tunggu kejap sebab aku dah janji... getus hatinya...

Dealer itu sebaya dengannya. Dia baru sahaja beberapa bulan bekerja di Kenanga. Pada mulanya kedengaran ura-ura anak director yang akan masuk bekerja di Kenanga jadi ramai yang menyangkakan dialah anak director tersebut memandangkan dia merupakan US graduate bermotor besar. Entah kenapa para pekerja dan dealer tak sukakan gaya dan keyakinan yang ada padanya. 

15 minit berlalu ngauman enjin motosikal Kawasaki Ninja milik dealer baru itu kedengaran dari hujung sana. Memecut laju. Dia tahu dealer tu memang seorang rider yang hebat. Kehebatan inilah antara sebab kenapa orang tak suka padanya.

Sampai sahaja dia terus membuka fairing dengan peralatan yang dibawanya. Entah apa yang dibuatnya entah dari mana dia dapat peralatan itu tapi sebentar kemudian lampu hijau neutral motor tersebut menyala...

Kick starter ditendangnya dan motor itu terus hidup. Dibiarkan sahaja motor itu terus hidup dan fairing dipasangnya semula. 

"Okay! Dah siap! Karang kalau kau nak matikan kau cabut je wayar bateri ni. Aku dah longgarkan sikit. Nak start balik nanti kau sambung je balik. Cukuplah untuk bawa ke kedai betulkan nanti..." Katanya setelah fairing motosikal RXZ itu siap dipasang. Dahinya sedikit berpeluh.

Ramzie sekadar menggangguk...

Dealer baru itu terus sahaja menaiki motornya dan berlalu tanpa sempat Ramzie mengucapkan terima kasih.

Dia termenung, terkesima. Duduk... Sebatang lagi rokok dipasangnya. 

"Dalam ramai-ramai kawan yang aku ada, mamat ni yang tolong aku. Mamat yang aku kutuk, keji dan hina di belakangnya. MasyaAllah..."

"Mungkin aku dah tersilap pandang... Mungkin aku perlu mengenali hati budinya lebih dalam lagi. Kalau dia jahat seperti apa yang orang perkatakan pasti dia tak akan membantuku."

"Pasti dia ni seorang mat rempit...  Anak orang susah tak seperti andaian kawan-kawanku di pejabat yang menyangkakan dia US graduate anak orang kaya yang berlagak sombong... kalau dia bukan mat rempit macamana dia tahu cara nak betulkan motor aku nie..." Pelbagai persoalan berlegar diminda Ramzie. 

Persoalan yang dia sendiri tiada jawapan...

2014 - 18 tahun kemudian...

Ramzie diambil bekerja dengan dengan dealer baru yang  kini dah jadi Top Performing Remisier di Kenanga... 

Namanya bosnya yang juga merupakan kawan baik Ramzie itu ialah ;

Faizal anak kepada Pak Gad bernama Yusup atau FY.

Sekian episod kali ini...

Moral of the story - Kawan ketawa senang cari... 

FY Al Haj

PS - Sebenarnya FY tak ingat cerita ni tapi Ramzie yang ingatkan balik.

PSS - Kita tak tahu apa rancangan Allah di masa depan sebenarnya... Yang penting kita buat baik dengan penuh keikhlasan...

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook



No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...