EPISOD 45 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY
Sepanjang hidup FY bertemu dengan ramai orang dan ramai juga yang menjadi kawan, rakan dan sahabat.
Semasa muda remaja hubungan itu rapat umpama isi dan kuku.
Namun 30 tahun berlalu macam-macam yang berlaku sepanjang masa itu... Ada yang berjaya ada yang tidak. Ada yang senang ada yang susah... Ada yang kerja kerajaan, ada yang kerja swasta, ada yang kerja sendiri dan ada yang tidak bekerja. Ada yang kahwin ada yang tak, Ada yang kahwin satu ada yang lebih, ada yang ada anak ada yang tak, ada yang bercerai dan ada yang sakit dan akhir sekali ada yang dah meninggal dunia...
Semua itu perkara biasa kerana ia memang merupakan dugaan dari Allah untuk makhluk bernama manusia...
Namun ada juga yang merokok, ada yang terlibat dengan arak, dadah dan gangsterism malah ada juga yang bersekedudukan...
Lebih teruk lagi ada yang jadi gay... Adoiyai...
Dan yang paling teruk lagi ada kawan FY yang dalam usaha untuk menukar ugama... Ini soal aqidah... Dalam 30 tahun ini semua terjadi...
Kenapakah semua ini berlaku?
Ini semua soal hati...
Kalau makanan jasmani ia memerlukan makan, minum, rehat, tidur dan bersenam, makanan akal pula melibatkan, pengisian ilmu dan maklumat. Perhati, dengar, baca, tonton dan sebagainya.
Sebenarnya hati juga perlukan makanan.
Pada pendapat FY dari remaja menjelang dewasa kalau kita tak jaga hati kita, tak berikan ia makanan rohani dengan selalu mendekati Allah maka lama kelamaan ia akan rosak, sakit, kosong dan akhirnya hati akan mati...
Hati yang rosak ini akan dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah yakni sifat-sifat buruk. Bersangka buruk, iri hati, tamak, kedekut, dendam, pentingkan diri sendiri, mengutamakan dunia dan sebagainya.
Para remaja di luar sana yang dijodohkan dengan penulisan FY ini jagalah hatimu... Jaga solat, selalu berzikir mengingati Allah Taala... Ingatlah akal untuk dunia tapi hati untuk akhirat... Pastikan buat pekerjaan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah Insyaallah ia akan menjadi satu ibadah yang diredhai Allah...
Ketahuilah hanya dengan memegang tali Allah kita akan berjaya... Ketahuilah kalau kita mengejar akhirat dunia akan menjadi lapang buat kita...
FY Al Haj
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
No comments:
Post a Comment