Sunday, August 15, 2021

EPISOD 7 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

 


EPISOD 7  - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Bagaimana FY dapat ke menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat.

Episod melepasi halangan.

Pada ketika itu pada tahun 90 an untuk menyambung pelajaran selepas peringkat diploma ada beberapa perkara yang kita perlu lakukan dan ia mengambil masa. Kita perlu ;

- Kelulusan diploma yang baik
- Kelulusan Test Of English as Foreign Langiage (TOEFL)
- Mendapatkan biasiswa / pinjaman
- Mendapatkan tempat di Universiti diiktiraf di USA dengan syarat-syarat tertentu.

Tahun 1991
Alhamdulillah keputusan Diploma Analisa Pelaburan FY memadai dan cukup syaratnya untuk FY memohon peluang belajar di USA.

HALANGAN 1
Test of English as Foreign Language TOEFL.

"Kamu tak belajar ke FY? Exam TOEFL tu dah dekat, karang gagal macamana? Duit periksa dah bayar tu! Janganlah sampai kena ambik 2 3 kali!" Ujar ibu FY seakan geram melihat FY yang tak usik pun buku TOEFL tu.

Sebenarnya FY lulus English dengan kelulusan A sejak sekolah rendah lagi. Cumanya FY pandai tulis dan faham... tapi jarang bercakap bahasa Inggeris kecuali kalau perlu... Itu yang menyebabkan mak FY tak kondifen tu! (konfiden = confident)

Nak tahu kenapa FY pandai English? Sebab bapa FY si Pak Gad tu tak bagi tengok cerita melayu kat TV.... Dari kecik kena paksa tengok cerita orang putih... Dari Dr Kildare, Space 1999, Moby Dick hingga ke Six Million Dollar Man, Captain Caveman, Greatest American Hero, Bionic Woman, Hulk, Combat, High Chapparal, Knight Rider sampai ke Dallas dan Dynasty dan begitulah seterusnya. 

Tip nak bagi anak pandai Bahasa Inggeris - Jangan bagi dia tengok cerita melayu! Dia dah cakap melayu dengan kita... Tengok TV kena English!

Oleh itu TOEFL tak ada masalah! Lulus!

HALANGAN 2

Mendapatkan biasiswa/pinjaman

Mengisi borang dan memohon biasiswa dari JPA dan MARA juga ada halangannya. Mendapatkan cop sokongan orang besar dan tanda tangan bapa FY juga ada tragedinya yang tak sampai hati FY nak ceritakan...

Pak Gad tu umur 17 dah keluar rumah jadi dia memang tak sokong FY menyambung pelajaran. Dia suruh FY kerja! Tak apalah itu episod rahsia...

INTERVIEW

Hari Interview di Pejabat MARA, Medan Mara bagi mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran ke Amerika.

"Kamu datang sini naik apa?" Tanya pegawai itu kepada FY...

"Naik motor tuan..." Jawab FY perlahan.

"Motor apa?" Tanya pegawai MARA yang seorang lagi.

"Yamaha RXZ tuan..." Jawab FY.

"Kayalah kalau begitu, awak datang kesini bawa motor RXZ. Jadi awak tak perlukan biasiswa ini..."

"Tak tuan, sebenarnya motor tu saya pinjam dari kawan saya bernama Zainal. Kalau tuan tak percaya tuan tengok keychain motor ini." Keychain kulit yang tertera nama Zainal di atasnya FY keluarkan dari poket kanan seluar slack bewarna hijau tua yang dipakai ketika itu.

"Malah seluar yang saya pakai ini saya pinjam dari kawan bernama Azlan dan kasut ini pula saya pinjam dari kawan bernama Azam. Baju yang saya pakai ini sahaja milik saya tuan..." Tambah FY lagi dengan nada sedikit hiba...

Kedua-dua pegawai MARA itu seakan tergamam dan tak menyangka jawapan yang keluar dari mulut FY itu... Mereka  menulis sesuatu di atas kertas penilaian yang ada di depan mereka. Selang beberapa soalan selepas itu mereka membenarkan FY pulang.

FY tak tahu apa keputusan permohonan tersebut tetapi rasa FY telah buat yang terbaik. Semuanya yang FY sampaikan adalah benar belaka. Itu yang penting. Pada FY usaha telah dijalankan, selebihnya serahkan sahaja bulat-bulat kepada Allah Taala.

Dua minggu kemudian.

FY mendapat surat rasmi dari pihak MARA yang berbunyi " Sukacita dimaklumkan...."

Yeayyy!!! Permohonan FY telah berjaya! syaratnya FY mesti mendapatkan tempat dengan kursus Kewangan ( Pelaburan),  60 credit transfer, 2 tahun pengajian di mana-mana universiti yang diiktiraf kerajaan.

Biasiswa siap! La ni usaha mendapatkan tempat yang memenuhi syarat biasiswa tersebut.

HALANGAN 3

Mencari dan mendapatkan tempat di Universiti

Mengirim surat demi surat, universiti demi universiti dan ia pastinya menelan belanja yang banyak. Namun demikian yang masih belum berhasil kerana syarat yang diperlukan tidak dapat dipenuhi samaada dalam isu tempoh masa pengajian mahu pun dalam isu credit transfer yang tidak mencukupi.

Akhirnya setelah lebih 6 bulan memohon dan mengharapkan jawapan dari pelbagai universiti di sana dengan jawapan yang mendukacitakan sehingga ibu FY berputus asa kerana semua surat yang dibuka hanya membawa berita kegagalan.

Akhirnya beberapa bulan selepas itu syarat-syarat tersebut dipenuhi di Universiti of Nebraska di Lincoln. USA.

Akhirnya tanggal 3 September 1992 FY ke USA menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan dan Pelaburan...

Well, dalam hidup memang ada banyak masalah dan halangan. Tapi anggaplahbia sebagai GOOD PROBLEM. Walaupun ia PROBLEM tapi kalau kita dapat mengatasinya maka ganjaran akan menanti di depan.

Analoginya umpama anda berada dalam terowong yang gelap.. Apapun percayalah ada cahaya di hujung sana. Apa yang penting ialah untuk teruskan perjalanan!

Sekian episod kali ini...

FY Al Haj

PS - Pada masa USD1 : RM2.57

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...