Sunday, August 15, 2021

EPISOD 18 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

 


EPISOD 18 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

2001 
Kenanga Investment Bank Berhad.

Bapa FY baru sahaja meninggal dunia. FY belum dapat mencari duit yang mencukupi untuk pembedahan anak pertama FY, Aina.

Kepala otak FY berlegar ligat memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk mencari duit. Lebih baik kalau dapat jadi kaya dan berjaya! Nak mulakan perniagaan tak ada modal. Nak mencipta produk baru pun boleh dikatakan oleh semua benda sudah dicipta.

Kalau FY lahir tahun 50 an dulu bolehlah FY mencipta hula hoop ke, pencungkil gigi ke, sure FY boleh jadi jutawan. Bukan susah nak cipta hula hoop, bulat jer... Pencungkil gigi pun senang jugak... Tapi la ni boleh dikatakan semua benda tersebut sudah dicipta... 

Kalau dulu bila pergi pasaraya hanya ada satu jenis ubat gigi iaitu yang berflorida. Tapi sekarang kalau pergi ke pasaraya macam-macam jenis ubat gigi ada. Nak beli perisa apa? Nak beli jenis apa? Nak beli jenama apa? Nak yang halal? Nak yang kecil ke yang sedang ke yang besar. Nak pilih ubat gigi pun dah setengah jam. Punyalah banyak produk yang telah dicipta sejak dahulu hingga kini.

Bapa FY berumur 53 tahun semasa dia meninggal dunia namun dia tidak meninggalkannya apa-apa. Dia pernah hidup dan singgah di dunia ini. Namun apa yang tinggal hanyalah batu nesan, batu nesan yang tidak akan dikenali oleh sesiapapun di penghujung zaman nanti. Lahir hidup di atas mukabumi selama beberapa ketika kemudian meninggal dunia dan meninggalkan batu nesan. Ramai yang begitu. 

FY tak nak jadi seperti itu, FY nak singgah di muka bumi ini dan meninggalkan tanda agar generasi akan datang tahu yang FY pernah singgah di sini.

Oleh kerana dua faktor ini mengambil keputusan untuk menulis buku. Satu penciptaan yang murah tanpa modal tapi siapa tahu ia boleh membawa pendapatan yang banyak melalui royalti buku tersebut. 

Kalau 1 juta buku dapat dijual dan royaltinya seringgit setiap buku maka FY akan dapat pendapatan RM sejuta ringgit. Modalnya cuma akal fikiran. FY mula memasang impian. Setelah masalah pembedahan Aina dan masalah hutang FY keseluruhannya!

(Faktanya cuma 10% penduduk negara ini yang membaca sebulan 1 buah buku sebulan. Buku terlaris dengan lebih 600 ribu naskhah terjual adalah buku SHIT tulisan Shahnon Ahmad. Macamana FY nak jadi jutawan menulis buku? Hawhawhaw...)

Dalam sejarah semua orang sejak dahulukala lagi dikenali melalui melalui buku. Manalah tahu kekalau FY pun boleh jadi terkenal melalui penulisan. (Masa muda dok kejar fame n fortune agaknya...)

Apa agaknya kata orang sekeliling bila FY mengatakan hasrat untuk penulis buku?

FY rasa anda tahu jawapannya. 

Apa jawapan anda?

Kalau anda menjawab dengan positif maka anda punya hati yang baik! Hati yang positif, bersangka baik, mendorong dan memberi galakan.

Persoalannya; apa yang hendak ditulis? Mana nak cari idea nie? Takkanlah nak ceritakan perihal diri sendiri? Siapa nak beli? Agak-agak ada ke penerbit yang nak terbitkan buku FY tu... Pelbagai persoalan menerjah akal fikiran.

Oleh kerana pengalaman di sekolah bersama kaum Cina dahulu juga pengalaman belajar di Amerika Syarikat, FY dapat melihat perbezaan yang ketara dari segi nilai dan prinsip. Mereka maju kerana sikap mereka jauh berbeza dengan orang kita. Orang kita suka berhibur, lepak dan membuang masa...

Jadi FY mengambil keputusan untuk menulis buku mengenai pembentukan sikap dan ia diberi judul Keluar Dari Tempurung. 

Jadi FY mula menulis dan menulis dan terus menulis menggunakan komputer desk top yang gedabak tu. Pakai dua jari sahaja macam burung belatuk. Dari 1 muka surat ke 22 ms ke 47 ms dan ke 83 dan begitulah seterusnya hinggalah manuskrip itu siap. Ia mengambil masa lebih 6 purnama lamanya.

Kemudian pencarian Penerbit buku pula. FY mengambil keputusan menghantarnya ke Utusan Publication dengan penuh debaran. Ini kerana FY tahu ramai penulis yang menghantar manuskrip kepada penerbit, manuskripnya terpaksa bertemu dengan Mr Tong. Mr Tong Sampah! Walaupun setelah berkali-kali mencuba.

Tapi agaknya FY ni memang seorang gifted writer maka cubaan kali pertama terus sahaja membuahkan hasil. Alhamdulillah buku Keluar Dari Tempurung karya FY berjaya diterbitkan.

Maka macam biasa terkejut dan terperanjatlah seantero dunia serta orang sekeliling yang tak percaya yang ianya boleh dilakukan.

Sehingga kini FY telah berjaya menulis dan menerbitkan 11 buah buku beserta 3 ebook.

Moral of the story - Sebenarnya tiada apa yang mustahil. Kalau kita yakin boleh pasti ia boleh!

Persoalan yang ingin FY tujukan bersama episod ini ialah apakah yang akan kita tinggalkan kat dunia ni bila kita dah MATI nanti yer? Atau kita mati tinggalkan batu nesan bersemak yang tak dikenali sesiapapun.

Sekian buat kali ini...

FY Al Haj

PS - Buku itu FY tujukan teristimewa buat Allahyarham Mohamed Yusup bin Haji Jamal. Arwah bapa FY.

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...