Sunday, August 15, 2021

EPISOD 47 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 47 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD PENDIDIKAN

Setakat ni 3 diploma dan 2 Ijazah Sarjana Muda yang dibawa balik oleh anak-anak FY. Ini diploma yang ke 3. 2 dalam bidang Engineering dan 1 Investment. Alhamdulillah. InsyaAllah akan ada banyak lagi di masa depan.

Antara perkara yang dibanggakan ibubapa ialah bila anak-anak belajar dan lulus dengan cemerlang. Ia bukan untuk kita ibubapa tapi ia sebagai bekalan untuk diri mereka sendiri menuju ke depan memandangkan dalam dunia ini antara kayu ukurnya ialah dalam aspek akademik. Ia bakal menentukan tangga gaji dalam sektor pekerjaan.
Namun diploma dan ijazah belum tentu menjamin kejayaan dan kekayaan di masa depan. Macamanapun ia terletak di tangan Allah SWT. Kita usaha, Dia yang tentukan.
Dalam negara ini mengikut statistik lebih 90% ibubapa nakkan anak dia belajar ke tahap ijazah. Harapan FY juga begitu. Semoga kesemua 6 anak FY ada ijazah juga paling kurang. Setakat ini 4 orang sudah menjejakkan kaki ke menara gading tinggal dua sahaja lagi yang masih bersekolah. InsyaAllah.
Ilmu dan pendedahan seorang yang belajar di luar negara tak sama dengan mereka yang belajar di dalam negara. Ilmu graduan Ijazah tak sama dengan diploma dan pastinya berbeza dengan mereka yang tak sambung belajar.
Namun dewasa ini mengikut statistik semakin ramai lepasan SPM yang tak sambung pelajaran mereka atas sebab-sebab yang pelbagai. Kekangan kewangan antara faktornya. Ini petanda tak bagus sebenarnya.
FY sendiri kalau tak belajar hingga ke peringkat ijazah di USA rasanya takkan sampai ke sini, ke tahap ini. Peluang belajar di USA tajaan MARA adalah satu nikmat yang besar buat FY pada ketika itu kerana jumlah mereka yang dapat peluang ini amatlah sedikit.
Jadi kepada adik-adik yang dapat peluang sambung belajar di mana sahaja janganlah dipersiakan. Belajarlah bersungguh-sungguh! InsyaAllah kejayaan akan menjadi milik anda kelak!

FY doakan yang terbaik!

Nukilan,

Haji FY

No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...