EPISOD 41 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY
Hari ini ada orang bertanya kepada FY bagaimana FY boleh menjadi seorang remisier yang berjaya...
Jawapannya panjang kerana ada banyak faktor-faktor yang terlibat bagi menjelaskan hal ini.
Tapi hari ini dalam episod kali ini FY ingin menjelaskannya dari sudut outside in dan bukannya inside out.
Hidup ini sebagai manusia jangan tengok dari dalam keluar tapi tengok dari luar ke dalam. Apakah maksudnya kata-kata FY itu?
Maksudnya janganlah pandang apa yang tangan kita boleh buat dan apa yang kita berjaya kita capai, apa yang kita susun tapi cubalah pandang dari sudut kacamata Allah.
Begini ceritanya.
Allah susun FY berada dalam jurusan Diploma Investment Analysis.
Allah susun FY untuk berjaya melanjutkan pelajaran ke USA dalam bidang yang sama menyebabkan FY punya ilmu yang mendalam mengenai aspek pelaburan ini.
Allah susun FY berada dalam era di mana internet dan blogging baru bermula lantas menyebabkan FY ke depan dalam hal ini dengan blog pelaburan saham pada masa belum ada orang lain yang memulakannya.
Allah susun FY jadi penulis yang baik lantas menyebabkan anda juga tertarik membaca apa yang FY nukilkan di alam maya ini. Hawhawhaw... Disamping itu membolehkan FY menulis buku dan ebook pengisian pelaburan saham tanpa masalah.
Allah susun FY dengan input motivasi supaya FY boleh bercakap dengan yakin di depan khalayak ramai.
Allah jodohkan dengan isteri, Abang Yasin, Ramzie dan Zuhri serta lain-lain yang boleh memberi synergy dalam perniagaan yang FY jalankan ini.
Allah Taala susun FY berpengalaman dalam perniagaan walaupun gagal tapi membawa banyak pengalaman bersamanya. Pengalaman yang membantu FY naik dalam bidang remisiering ini.
Allah Taala susun FY di Kenanga kerana Kenanga punya platform online yang hebat serta sediakan pejabat yang baik untuk kami beroperasi.
Allah susun FY menjadi Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera dan speaker kepada Suruhanjaya Sekuriti supaya FY punya integriti pada kaca mata khalayak ramai.
Apa pula yang FY buat?
FY just do itttt!!! Dan FY cuma ikut susunan dan ketentuan Allah itu kerana FY tahu setiap manusia ada fungsinya masing-masing...
Jadi kalau dilihat dan dikaji dari semua susunan Allah yang FY titipkan tadi, maka kesimpulannya bolehlah FY katakan yang FY ditugas dan diamanahkan untuk memakmurkan ummah dalam bidang saham ini sebagai seorang remisier.. Itulah fungsi FY sebagai manusia agaknya. Wallahualam...
FY cuma perlu buat yang terbaik dan selebihnya FY serahkan kepada Allah Taala...
Kalau anda guna pandangan outside in ini terhadap diri anda, sidang pembaca yang FY muliakan sekelian, agaknya apakah fungsi diri anda selama singgah di mukabumi Allah ini yer?
Takkan lahir, singgah sebentar, berpoya-poya lepas tu mati?
Adakah anda merosak atau memakmurkan bumi ini?
Fikir-fikirkanlah...
Itu sahaja.
FY Al Haj
PS - La ni dah hampir 3 juta pelayar internet yang singgah bertamu di blog saham FY iaitu www.faizalyusup.net atau 10% daripada semua penduduk di dalam negara ini. Ramai tuuu!!!
Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
No comments:
Post a Comment