EPISOD 8 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY
Episod - Iktibar dari bangsa Cina
Kadang-kadang orang bertanya FY atau ramai yang pelik kenapa FY begitu produktif. Seakan punya banyak masa untuk itu dan ini. Contohnya pada ketika FY masih bekerja FY boleh menulis dan menyiapkan 11 buah buku. Pada mereka ianya adalah sesuatu yang mustahil.
Bila difikirkan balik dalam sejarah hidup, FY rasa di sini dalam episod ini sifat produktif FY itu terbentuk dan bermula.
1985
Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya. (Saiful Apek tu senior FY.)
Oleh kerana prestasi pelajaran FY bagus, maka FY dimasukkan dalam kelas pertama semenjak dalam tingkatan satu. Kelas 1 Perdagangan Merah. Dalam kelas pandai ini semuanya berbangsa Cina, 3 melayu dan 2 India. Hanya FY, Azam la ni Dr Azam dan Norzaidi atau KD, 3 murid melayu yang layak berada dalam kelas skema tapi nakal ini.
Setiap kali menjelang exam, semua murid-murid melayu di sekolah itu akan duduk di sana dan di sini menelaah pelajaran. FY juga begitu study last minute! Sedangkan kawan-kawan Cina yang pandai dari kelas FY melepak dan bermain-main.
Lantas FY bertanya kepada mereka, kenapa mereka tidak belajar? Jawab mereka, mereka sudah bersedia. Masa exam mereka mesti merehatkan minda bersedia untuk menduduki peperiksaan.
Kata mereka, kita kena bersedia sepanjang tahun. Kita belajar setiap hari semasa dalam kelas, bukannya mengulangkaji pada hari peperiksaan sahaja.
Kata-kata kawan Cina FY itu tepat kena pada muka FY.
Patutlah semua kerja sekolah dengan apa juga assignment yang diberikan oleh cikgu disiapkan saban hari tanpa kelewatan. Seperkara prinsip kuat bersaing di kalangan mereka juga merupakan perinsip yang jelas kelihatan.
Sepanjang berkawan dengan mereka banyak perkara-perkara, nilai-nilai dan prinsip yang mereka pegang yang dapat FY ambil Iktibar dan jadikan nilai dan prinsip FY sendiri. Prinsip yang baiklah. Sampai FY pun menjadi Mat Diskang kerana terpengaruh dengan mereka. BTW dulu ada Mat Diskang dengan Mat Rock jer...
Malah FY juga depa bagi nama Cina, nama panggilan Ah Fai. Lebih kurang macam Ah Jib jugaklah agaknya... Hawhawhaw...
Setiap tahun pada hariraya mereka akan datang rumah FY berhari raya. Maka penuhlah rumah FY yang kecil itu dengan satu kelas kawan-kawan berbangsa Cina. Kemudian pada pada hari raya Cina, FY pula akan rumah-rumah kawan-kawan China FY itu yang letaknya di seluruh pelusuk Petaling Jaya. Kayalah kejap FY sebab dapat collect Ang Pow! Ang Pownya selalunya RM1.10. Kenapa begitu? Sebab 10 sen tu macam bunga yang akan mengembangkan duit mereka di masa mendatang. Mungkin juga di sini ilmu Investment FY bermula!
Entah kenapa pada ketika itu kami begitu baik, langsung tak ada perasaan perkauman dan sebagainya. Kami sering bantu membantu. Kami bangsa Malaysia! Dewasa ini keadaan seperti itu sudah semakin lama semakin pupus dan tidak kelihatan lagi...
Pernah FY terluka kaki sekali Liew Voon Chuan dan ibunya yang membawa FY ke klinik dan berehat di rumahnya sebelum dihantarnya pulang. Thanks Sumo!
Oleh kerana FY anak Pak Gad dan selalu tak ada duit maka kawan Cina FY bernama Izaac Lee (Marine Monkey nama FBnya) selalu sahaja belanja hotdog di kantin sekolah. Bapa Isaac ni ada syt pengiklanan. Harganya 40 sen. FY tak mampu nak beli. Maklumlah anak Pak Gad. Jadi Izaac selalu belanja FY. Punyalah sedap hot dog tu... Tak boleh nak digambarkan kesedapannya dengan tulisan-tulisan bisu ini.
Kalau FY jumpa Izaac balik FY nak belanja balik Hot Dog sekontena tapi FY pasti rasanya tak sesedap Hot Dog di kantin sekolah yang Izaac belanja tu! Hawhawhaw...
Apapun FY yakin disinilah prinsip rajin, produktif, bersaing dan tidak suka membuang masa itu terbentuk... Diambil dari kawan-kawan Cina FY.
Tak kesahlah siapa pun kawan kita Melayu, Cina, India, Bangla, Indon dll yang penting kita ambil yang baik dan kita buang yang buruk. Hati yang baik pasti akan fokus kepada perkara yang baik. Itu FY percaya.
Kepada Izaac aka Kaloi, Steven Yong, Ken Sheong, Jeffery Wong, Boon Teck, Chan, Daniel, Chin Seng, Jia Jie, Adrian, Danesh, Weng Thim, Voon Chuan aka Sumo, Phillip Ooi, Stanley, Aaron, Ngai Hoong, Joseph Lau, Clinton Lee, Tommy Wong dan nama-nama lain yang FY tak sebutkan di sini... Anda selalu di hati FY dan warm regards dari FY... Hope life is treating u guys good n FY hope we will meet again someday...
Sekian! Episod anak pak gad kali ini...
Kalau suka kisah anak pak gad ini, sudilah like dan share yer.. Pasti memberi semangat untuk FY terus berkarya dalam episod-episod seterusnya... InsyaAllah...
FY Al Haj
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
No comments:
Post a Comment