Sunday, August 15, 2021

EPISOD 32 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 32 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY


Dulu masa FY muda-muda umur hujung 20an selepas kahwin semuanya jadi haywire, semuanya jadi kelam kabut, FY jadi resah gelisah dengan pelbagai masalah yang menimpa lepas satu satu. Pening kepala FY pada masa itu. Anak sakit, duit tak ada, masalah sana masalah sini dan sebagainya.

September 1998
Kenanga Investment Bank

Pasaran saham merudum kawkaw hingga ke 263 mata dan antara berita yang menyebabkan kejatuhan yang teruk ini adalah kerana DS Anwar Ibrahim dilucutkan jawatannya pada ketika itu disamping masalah Asean Financial Crisis pada ketika itu. Tambahlah lagi masalah FY disebabkan kerana position melabur dalam pasaran saham. Loss yang bertimpa-timpa!

Lebih dari orang bercinta tidur tak lena, makan tak kenyang, apa buat pun serba tak menjadi kegelisahan membelenggu diri. 

Pada ketika itu FY ceritakanlah masalah ini kepada Puan Azura. Salah seorang pengurus di Kenanga. Entah macam mana pada suatu hari dia menghadiahkan FY dengan satu hadiah di dalam satu kotak yang kecil. Bila FY membukanya ianya adalah sebuah mesin pengira atau mesin clicker.

Kata Puan Azura "Akak bagi hadiah Clicker ini supaya mudah untuk FY berzikir kepada Allah. Zikir yang terbaik adalah zikir tauhid Lailahaillallah.
Sesungguhnya Allah berfirman hanya dengan zikrullah hati akan tenang." Tambahnya lagi...

FY menerimanya dengan hati yang terbuka. Mulai saat itu FY akan membawa clicker itu kemana sahaja FY pergi dan ia akan berada di tangan dan dengan adanya clicker tersebut ia akan ingatkan FY untuk terus-terusan berzikir kepada Allah.

"klik klik klik" bunyinya tak kira lah di dalam lif, ketika FY sedang berjalan, ketika FY sedang memandu dan sebagainya klik klik klik sambil lidah melafazkan kalimah-kalimah zikir itu.

Kekadang malu jugak sebab berbunyi kan "klik klik klik" dah orang kiri kanan pandang apa pulak tu...

Tapi terus terang lama kelamaan entah macamana memang benar hati FY menjadi semakin tenang dan masalah selesai satu persatu.

Kalau dahulu lidah FY akan berzikir tetapi tahun demi tahun ia tidak perlu lagi melalui lidah tetapi hati umpama mempunyai mulutnya yang tersendiri, secara automatik hati akan berzikir tanpa FY sendiri sedari dalam apa juga yang FY lakukan.

Memang pelik bin ajaib tapi itulah kebenarannya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Azura yang menghadiahkan clicker kecil itu kepada FY pada ketika FY berada dalam keadaan yang gundah gulana pada masa itu. It sure helps!

Alhamdulillah sejak sekian lama FY tidak lagi mengalami ketidaktenteraman, kegelisahan mahupun kegundahan di dalam hati. FY yakin ia adalah kerana berkat zikrullah.

Selain itu entah macam mana hati FY juga menjadi semakin terang untuk menerima ilmu, untuk mendapatkan kefahaman dalam apa yang dipelajari, untuk mengambil Iktibar dan sebagainya.

Jadi sesiapa yang dijodohkan dengan kisah anak Pak Gad episod kali ini FY sarankan belilah clicker atau yang dewasa ini ia boleh dibeli dalam bentuk cincin yang harganya tak sampai RM5. Semoga satu hari nanti anda juga akan dapat menghilangkan kegelisahan dan seterusnya mendapat ketenangan yang FY ceritakan ini.

Ustaz kata ahli zikir adalah ahli ilmu. Dulu FY tak faham apa maksudnya, rupa-rupanya bila berzikir ia akan dapat membersihkan hati dan bila hati bersih ia menyediakan satu taman untuk ilmu m bertapak, bermastautin dan berkembang. Agaknya begitulah.

Take away dalam episod kali ini ialah ;
Kalau kita tidak boleh bertindak kita bercakap 
kalau kita tidak boleh bercakap kita berfikir dan 
kalau kita tidak boleh berfikir kita berzikir. 
Paling tidakpun kita akan dapat merapatkan hubungan kita dengan Allah Taala disamping memberi makanan kepada rohani diri kita sendiri.

Itu sahaja nukilan FY kali ini...

FY Al Haj

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook



No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...