EPISOD 40 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY
Sebenarnya kalau anda mengikuti kisah Anak Pak Gad ini ia terdiri daripada elemen-elemen yang mana kalau disatukan akan menjadi satu Jigzaw Puzzle yang lengkap.
Dalam hal ini kalau kita hendak berjaya di dunia dan InsyaAllah di akhirat maka hendaklah kita sentiasa memperbaiki dan sentiasa menjaga Tassawuf.. Ini kerana secara tersiratnya setiap pekerjaan yang kita lakukan baik atau buruk walau sebesar zarah sekalipun ada perkiraannya di kaca mata Allah Taala.
Dalam hal ini FY bukanlah Uztaz, bukanlah para alim ulama tapi hanya seorang hamba Allah yang singgah di muka bumi ini menjalankan fungsi untuk memakmurkannya. Itu sahaja. Cukup masa nanti FY akan kembali kepadaNya.
Jadi dari segi turutan hierachynya
hendaklah kita meletakkan Allah Taala no 1, di tempat yang teratas, ikut sahaja hukum hakamnya, patuh dan taat, takut buat dosa, redha dengan ketentuan qada dan qadarnya, sentiasa mengingatiNya dan sebagainya.
Kemudian mengikuti Sunnah Rasullullah SAW. Dari semua segi yang besar dan yang kecil selagi mampu. Pembawakan diri, tindakan, amalan, pemikiran dan akhlak. Memelihara silaturahim, senyum selalu, jangan marah, biar orang melakukan yang tak baik pada kita tapi kita tetap buat baik kepada mereka malah mendoakan mereka kerana mereka tidak faham, senyum selalu, pemurah, memaafkan, membawa manfaat, melakukan yang wajib, sunat dan harus, elakkan yang makruh dan haram dan sebagainya.
Seterusnya ibu, ibu, ibu, jangan kecilkan hati ibu, gembirakan dia, jadi anak yang berbakti, jadi anak yang soleh, jadi anak yang mendengar kata, ketahuilah redha Allah terletak pada redha ibu... Lagipun bukan mudah memegandung, melahir dan memelihara kita semasa kita kecil.
Bapa... FY dah tak ada bapa. Pak Gad Yusup Jamal telah meninggal dunia pada tanggal 9 Mei 2001. Apa yang boleh FY lakukan hanya menghantarkan doa saban hari semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan meletakkannya di kalangan orang-orang yang beriman di jannah.
Ingatlah kedua ibubapa walau apa sekalipun walau bagaimana sekalipun bukan kita yang pilih, mereka pilihan Allah! Pilihan Allah pasti yang terbaik! Kalau tak boleh menyenangkan jangan menyusahkan mereka.
Seterusnya isteri dan anak-anak kalau anda lelakilah. Didik mereka baik-baik, didik dengan prinsip-prinsip keimanan dan keislaman. Ingatlah kita merupakan pintu rezeki kepada mereka. Jaga pintu tu baik-baik. Kalau pintu dah baik dan besar janganlah sibuk nak buka pintu yang lain pula sebab takut lain pulak jadinya. Lari tassawuf nanti. Tak caya tanya kawan sebelah yang kahwin dua tiga tu... Bukan tak boleh, boleh tapi kena pandai seimbangkan segalanya.
Kemudian hubungan dengan manusia lain, saudara mara, jiran dan taulan, rakan dan kawan dan lain-lain lagi. Jaga hubungan sebaik mungkin, jangan bersengketa, bersatulah dan jangan berpecah belah. Bantu membantu dan bertoleransi. Itu penting bagi memelihara keseimbangan tassawuf kita itu.
Setiap hari bangun buatlah manfaat saban hari, semoga usaha kita hari ini sentiasa lagi baik dari usaha kita semalam.
Bonus, kalau nak berjaya dalam kewangan... Kenalah jaga pengendaliannya... Buat baik dengan duit. Maknanya gunakan di tempat yang hak, bayar hutang, bayar zakat, mengerjakan haji dan umrah, sedekah, infaq, hadiah, cari yang halal dan sebagainya. Jangan letak duit di hati, letaknya di tangan.
Macamana duit nak datang kalau kita buat jahat dengan duit? Kita guna duit berjudi, membeli rokok, dadah, arak, perempuan, membazir, tak bayar hutang dan sebagainya.
Saban hari cubalah buat manfaat perbetulkan mana yang salah, perbaiki tassawuf, kalau kita gagal setiap kali memilih jalan yang kiri apa kata kita tukar dan pilih jalan yang kanan? Kita susah sebab kita banyak buat salah... Kalau dewasa ini kita masih susah anggaplah ia sebagai kifarah atau penebus dosa atas kesalahan kita yang lalu.
Kalau semuanya sudah dapat diperbaiki InsyaAllah kehidupan anda akan menjadi baik, seimbang dan bahagia. Percayalah. Dan kalau semuanya sudah seimbang dan tersusun baik kita cuma perlu memeliharanya dengan sebaik mungkin. Apapun itu semua kerja Allah Taala. KepadaNya kita berserah, bertakwa, bertawakkal dan meminta pertolongan.
Akhir sekali - Ikhlas dalam semua perbuatan. Semoga Allah menerimanya sebagai ibadah dan meredhainya.
Itu sahaja. FY doakan anda semua yang dijodohkan dengan kisah anak Pak Gad ini berjaya di dunia dan di akhirat. Teruskan perjuangan walau dimana anda berada...
FY Al Haj
Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
No comments:
Post a Comment