Sunday, August 15, 2021

EPISOD 11 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

 


EPISOD 11 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Episod - Perginya seorang Pak Gad bapa yang FY sayangi...

Biarpun bapa FY bukanlah bapa yang sempurna. Punya kelemahan di sana sini tetapi dia mendidik FY dengan baik, penuh dengan nasihat-nasihat yang bernas.

Menjadi anak Pak Gad ini bukannya mudah. Kalau dahulu FY nak mengaku FY anak Pak Gad pun susah. Malu weiii... FY yakin ramai anak-anak Pak Gad, anak-anak drebar, anak-anak tukang kebun dan sebagainya yang malu nak mengaku yang dirinya itu anak kepada tukang kebun, drebar dan sebagainya.

Kemudian ramai juga yang memandang rendah kepada keluarga Pak Gad seperti kami ini. Yelah orang susah. Kena pulak anak Pak Gad Univesiti Malaya. 

"Duduk dalam Universiti tapi tak dapat masuk Universitipun!" Ejek mereka.

Sebenarnya dalam adik-beradik bapa FY, dia sahaja yang kureng sikit. Yang lain-lainnya hebat-hebat belaka. Jadi secara tak langsung anak-anak mereka pun hebat-hebat belaka! Doktor, Engineer semua ada malah yang belajar di Harvard pun ada.

Pun begitu bapa FY ini seorang yang prihatin, bertimbangrasa, berkepimpinan dan dihormati oleh adik beradiknya. Pada umurnya 32 tahun dia dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengawal, Pengawal termuda menjadi ketua pengawal di kala itu.

Nama Pak Gad dalam cerita ini, bapa FY ialah Mohamed Yusup bin Jamal.

Antara adik beradik bapa FY ini ialah ;
Mejar (B) Ibrahim Jamal
Dr Ismail Jamal yang baru meninggal tempohari.
Dato Prof Dr Rahman Jamal, Pengarah di HUKM
juga Tan Sri Dato' Seri General (B) Abu Bakar Jamal.

Pak Usu FY,  Dato Prof Dr Rahman Jamal

Hebat-hebat adik beradik bapa FY tu... Mungkin juga gen keturunan mereka ini ada dalam darah FY agaknya...

Bapa FY pula dok ponteng sekolah layan Bobby dan Sangam di zaman mudanya. Akhirnya pada umur 17 tahun dia keluar rumah jadi Askar British dan bila Singapura split dengan Malaysia dia tak teruskan menjadi askar melayu tetapi dia memilih untuk menjadi Pak Gad.

Pepun korang jangan ponteng sekolah tau!

Pada umurnya 19 tahun dia telah
berkahwin dengan ibu FY. Dasat betul!

Bapa FY ini juga seorang pemain muzik. Dia boleh bermain gitar dan beberapa instrumen muzikal yang lain. Dia tubuh band yang terdiri dari anggota keselamatan dengan nama D'Awalis dimana dia bermain gitar.

Rabu 9 Mei 2001

Bapa FY naik ke pentas di dalam Dewan Tuanku Chansellor (DTC) dengan gitarnya sebagai rehersal bagi persembahan hari Quality yang akan diadakan hujung minggu tersebut...

Beliau memilih untuk menyanyikan lagu bertajuk Keagungan Tuhan...

Insaflah wahai manusia

Jika dirimu bernoda
Dunia hanya naungan
'Tuk makhluk ciptaan Tuhan

Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali keasalnya
Menghadap Tuhan yang Esa

Dialah pengasih dan peyayang
Kepada semua insan
Janganlah ragu atau bimbang
Pada keagungan Tuhan
Betapa Maha Besarnya
Kuasa segala semesta

Siapa selalu mengabdi
Berbakti pada Ilahi
Sentosa selama-lamanya
Di dunia dan akhir masa...


Inilah lagu terakhir yang dinyanyikan oleh bapa FY itu...

Tak sempat menghabiskan lagu tersebut jam 3.45 petang beliau tersungkur diserang penyakit jantung.

Entah kenapa Allah Taala mentakdirkan dia menyanyi lagu tersebut FY pun tak tahu walhal berjuta lagu lain yang boleh dinyanyikannya. Apapun ia lagu yang baik untuk kita ambil iktibar. Ini kisah benar, sebagaimana ia terjadi. FY tak mengada-adakan cerita. Tipu berdosa ma!

Pakcik Ali Omar kawannya menelefon FY yang pada masa itu bekerja di Affin Bank. FY terus memecut dari Jalan Sultan Ismail menuju ke PPUM yang letaknya di Petaling Jaya. Airmata mengalir sepanjang perjalanan kerana FY seakan tahu yang dia akan pergi meninggalkan kami semua hari itu dan telahan FY benar belaka kerana pada jam 5.10 dia disahkan meninggal dunia oleh doktor PPUM pada umurnya 53 tahun. Pada ketika itu FY dan ibu FY berada di sisinya.

Selamat tinggal abah... Selamat bersemadi di sana... Semoga Allah mencucuri rahmat dan meletakkan abah di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Biarlah apa orang nak kata tapi kaulah bapa paling sempurna dan yang paling hebat buat FY!

FY berjanji akan menaikkan martabat keluarga kita ini, FY berjanji akan mengangkat darjat keluarga kita ini dari tempat yang hina dina ke tempat yang terpuji keluar dari kepompong kesusahan!

Itulah janji FY semasa arwah meninggal dunia tanggal 9 Mei 2001.

Arwah tidak meninggalkan apa-apa harta benda mahupun pusaka. Yang FY ambil hanyalah gitar kapok bagi mengingatkan FY padanya.

Dari kosong FY memulakan langkah. Dalam hal ini bersyukurlah andai anda dilahirkan dalam keluarga yang senang kerana ia pastinya satu nikmat yang besar. Hargai ibubapa anda kerana mereka bisa memberikan segala yang anda mahukan. Percayalah kalau anda rosakkan diri anda takkan kemana!

16 tahun telah berlalu...

Apa yang menyedihkan ialah bapa FY itu tak dapat melihat melihat dan mengecapi bersama kejayaan ini. Entahlah, mungkin dari jauh, entah dimana rohnya berada FY harap dia berasa bangga dan gembira dengan kejayaan anaknya ini... 

Anaknya berjaya jadi orang! Besok lusa tak siapa tahu.

Kehilangan arwah abah telah menyebabkan FY tenggelam punca kerana hilang tempat mengadu namun disebalik semua ini ia juga merupakan satu hikmah yang amat besar.

Semenjak itu pengaduan FY bukan lagi kepada mana-mana manusia tetapi hanya kepada Allah yang SATU dalam susah mahupun senang!

Sekian coretan FY buat kali ini... Semoga ada manfaat dibawa bersamanya...

FY Al Haj

PS - Kalau FY meninggal dunia sama umur dengan arwah bapa FY, nampaknya FY tak punya banyak masa lagi... 😰

Korang maafkanlah FY yer kalau ada salah dan silap...

Andainya anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook



No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...