EPISOD 42 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY
Tak tahulah apa sebabnya sejak dari dari dulu lagi dalam kehidupan, FY ini bukan jenis yang bernasib baik agaknya.
FY tidak dilahirkan dalam keluarga yang senang jadi kalau melihat orang lain senang dapat itu ini kadang-kadang dalam hati tu jeles jugak.
Kalau cabutan bertuah ke, peraduan apa ker dan sebagainya payah betul nak menang. Pernah satu ketika Kenanga Investment Bank buat dinner dimana 75% yang hadir pasti akan menang hadiah cabutan bertuah dimana hadiah utamanya sebuah kereta Kancil. FY balik tangan kosong.
Kekadang tengok orang lain yang nasib baik tiap-tiap tahun menang pun jeles jugak.
Tak puas hati kekadang bila pergi dinner tu siap berdoa dan solat hajat tapi balik tangan kosong jugak... Adoiyaii...
Dari kecil bila FY perhatikan FY selalunya kalau nak menang hadiah FY kena berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya. Pecahkan belon ke, lari bawa bola ping pong ker, lumba lari ke, bowling ke, bolasepak ke atau apa sahaja FY kena usaha dan terus usaha.
Rezeki FY tak datang bergolek begitu sahaja. Nasib baik dalam cabutan bertuah tu memang amatlah jarang.
Akhirnya FY terima hakikat yang FY bukanlah seorang bernasib baik begitu. FY kalau nak apa-apa kena usaha.
Kalau difikirkan itu adalah satu perkara yang baik kerana dengan keadaan inilah ia meningkatkan daya saing FY untuk berusaha dan berjaya.
Berfikir di luar tempurung akan bagaimana untuk memperbaiki diri bersaing dan memenangi apa-apa pertandingan sekalipun.
Kalau main boling contohnya, FY akan beli bola dan kasut sendiri yang sesuai. Ini supaya prestasi tak terjejas kerana pakai house ball. Makan, tidur dan training yang secukupnya. Training pula kalau boleh di tempat dimana pertandingan dijalankan. Masa main pula teknik balingan dan sebagainya mestilah sama. Red bull kena ada diselitkan antara game bagi meningkatkan tenaga... dan akhir sekali doa ler... Kalau perlu psyco team lawan... Hawhawhaw..
FY bukanlah hebat sangat main boling sampai boleh jadi pemain negara tapi kalau sekadar pertandingan alumni sekolah atau di tempat kerja tu bolehlah dapat pingat! Hawhawhaw...
Apa yang penting dalam hal ini ialah untuk memandang secara keseluruhan semua variables yang ada serta memahaminya untuk berjaya.
Begitu jugalah dalam bidang saham ini. Hanya dengan memandang dan memahami semua variables yang ada barulah kita boleh menjana keuntungan darinya. Dan itulah caranya bagaimana FY boleh jadi top performing remisier di Kenanga.
Sekian episod kali ini...
FY Al Haj
PS - Korang tunggu BR1M ker? Tak payahlah jom kita usaha untuk berjaya! Amacam?
Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.
Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;
Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -
Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari -
Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -
Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -
Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -
Ikuti FY di Youtube
Ikuti FY di Facebook
No comments:
Post a Comment