Sunday, August 15, 2021

EPISOD 20 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 20 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY


1992
Lincoln, Nebraska
USA

Semasa di USA, FY bekerja di Nebraska Union. Oleh kerana kita cita-cita untuk membeli Motorsikal superbike itu masih tersemat di dada maka FY menyimpan duit semua duit gaji yang FY dapat tanpa menggunakannya selama lebih enam bulan.

Elaun yang diberikan oleh pihak MARA sebanyak USD567 itu sudah memadai untuk makan minum selama sebulan. Di sini mencari makanan halal adalah begitu sukar. Kalau makan ayam pun tiga bulan sekali sebab menunggu ayam-ayam halal sampai dari Chicago. Kebanyakan makanan dipenuhi dengan daging khinzir yang pelbagai jenis. Masjid pun tiada maka azan memang tak kedengaranlah. Puasa satu hal lagi. Pagi raya makan Maggi. Sadis!

Umur FY baru 22 tahun pada ketika itu jadi untuk membeli sebuah motor berkuasa tinggi adalah sesuatu yang mahal dengan mengambil pinjaman bank amat menakutkan kerana FY takut FY tak mampu untuk membayarnya nanti. Faham-fahamlah anak Pak Gad.

FY bertemu Zamri senior FY di sana dan menceritakan perihal phobia ini.

"Tak apa FY beli jer! Bila kau dah beli nanti tahulah cara nak bajet dan cara bagaimana untuk melunaskan hutang motor tersebut. Lagipun motor itu akan menjadi motivasi diri untuk kerja lebih kuat lagi!" Ujarnya memberi semangat.

Sebenarnya menjadi anak Pak Gad ni banyak phobia yang terlibat lebih-lebih lagi kepada benda-benda yang melibatkan duit dan ketidakmampuan.

Nak masuk hotel lima bintang takut, nak masuk kedai yang mahal Gucci, Prada, LV pun takut, nak masuk kedai jual kereta mewah takut, nak masuk restoran mahal pun takut jugak... Takut sana takut sini.

Pengalaman membeli motor superbike itu telah menghapuskan phobia dan ketakutan dalam diri FY. Sejak itu masuk ke restoran mahal, masuk ke kedai mewah, masuk ke hotel lima bintang tidak lagi menjadi masalah kepada FY.

Di Amerika inilah juga pengalaman pertama kali FY "keluar" dengan pendakwah-pendakwah tabligh dari Pakistan selama 3 hari dari Nebraksan ke Arizona. satu pengalaman baru yang menyeronokkan. Pergi dari satu rumah ke satu rumah berdakwah dan mengajak saudara seugama berjemaah dia masjid. Makan bersama-sama dalam satu dulang. Tidur bersama sama dalam satu asrama dan sebagainya. Dan bila ada Mat Saleh atau si kulit hitam yang mengambil keputusan untuk menganut ugama Islam ia adalah satu perkara yang amat mengujakan.

Pengalaman ini secara tidak langsung menyebabkan FY suka untuk menyampaikan perkara-perkara yang baik. Perkara-perkara yang mengajak kawan-kawan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. Namun bukanlah pendakwah yang sehebat mereka.

Sebenarnya dalam hidup FY di mana-mana pun juga, dalam apa juga kejadian dan peristiwa mata FY selalunya terbuka untuk mencari iktibar yang baik untuk dijadikan teladan, untuk dijadikan nilai dan prinsip diri.

Kalau kita positif maka mata kita akan sentiasa memandang yang positif untuk dijadikan teladan malah perkara yang negatif juga akan dipandang positif. Pengajaran dari sempadan.

Itu sahaja kisah yang dapat FY nukilkan hari ini...

FY Al Haj

Andai anda suka kisah anak Pak Gad bernama FY ini, like dan sharelah cerita ini supaya orang lain juga akan mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook


No comments:

Post a Comment

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...