Sunday, August 15, 2021

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY



EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY 

Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu... 

1971 
Pindah dari Segamat, Johor ke rumah setinggan di Jalan Enggang Kampung Datuk Keramat, kemudian pindah lagi ke rumah setinggan di Pantai Dalam bila bapa FY mendapat kerja sebagai Pak Gad di UM. Gaji pokok RM107.00... Anak 3 orang setahun sorang! FY anak kedua. Perghh!!!

Hidup susah... Mak tak bekerja tapi mengambil upah menjahit baju kurung... Bunyi mesin jahit tu dan sinonim dengan kehidupan FY mana taknya sampai pukul 4 pagi pun mak FY masih menjahit. Rumah penuh dengan kain perca. Cuma pagi raya jer kain perca tersorok, nampaklah kemas sikit.

Makan ala kadar selalu dok makan kerang dulu FY tahu kenapa rupa rupanya kerang murah 20 sen sekati atau 600gm ikut ukuran masa kini. Patutlah muka FY pun dah macam kerang busuk... hawhawhaw...

Tak ada tadika terus masuk sekolah darjah 1 di Brickfields. Oleh kerana kekangan hidup abang FY di hantar ke kampung nenek bela selama beberapa tahun.

Panjang nak cerita... Pendekkan masuk ITM, tak cukup duit bayar yuran, setiap kali cuti semester FY cari kerja, cleaner di subang airport, 7 eleven di SS2, tolong meniaga pasar malam di pantai dalam, bangsar, sek 17 pj, mc d di jalan silang, ofis boy di jalan kemajuan... tak kesahlah apapun kerja asal dapat duit bayar yuran ITM...

Setel ITM mak suh sambung bapa kata tak payah! Aku umur 17 tahun dah kuar rumah! tak susahkan orang tua katanya... Kalau kau sambung aku takkan bagi kau satu senpun katanya lagi...

Adoiyai... nak sambung ker?

Moral of the story FY datang dari keluarga susah manalah ada duit nak melabur saham... From zero, 0, kosong, telor ayam... Manalah ada duit nak pergi seminar saham dll...

Tapi kalau kita kata tak boleh maka tak bolehlah...

Cuba kata boleh.. InsyaAllah pasti boleh! Percayalah...

Kalau FY boleh pasti anda juga boleh!

Nukilan...

FY Al Haj

BIODATA PENGARANG




HAJI AHMAD FAIZAL KP MOHAMED YUSUP

Dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 2 Mei 1970.

Mendapat Pendidikan Awal di ;

SRK Brickfields 2, Kuala Lumpur
SM Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya
SM Teknik Kuala Lumpur
Seterusnya ;

Universiti Teknologi Mara
Shah Alam, Selangor dalam jurusan
Diploma In Investment Analysis
dan
University of Nebraska-Lincoln
Nebraska, USA dalam jurusan
BSc ( Finance )

Mengarang buku ;

Keluar dari Tempurung Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
 ( 2002 ) Utusan Publications.
Keluar Dari Tempurung 2 Pendekatan Praktikal Menangani Masalah
 ( 2005 ) Utusan Publications.
Anda Yang Baru – Minda Kental Hati Cekal
( 2009 ) Alaf 21
        Novel – Bukan Maksum
( 2010 ) Pekan Ilmu Publications
Berubah Sebelum Rebah
( 2011 ) Alaf 21


Menyelenggara buku ;

Bicara Tentang Mahathir
( 2003 ) Pekan Ilmu Publications.

Aktiviti lain ;

  • Menjalankan seminar pelaburan saham.
  • Menjalankan kursus motivasi.
  • Puisi-puisi pernah diterbitkan di majalah-majalah.
  • Blogger – www.faizalyusup.netwww.motivasiku.blogspot.com
  • Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
  • Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad,

Hubungi  Penulis ;

Email         :       greng70@yahoo.com
Facebook   :       Faizalyusup
Blog          :       www.faizalyusup.net
No. HP       :       016 - 666 7430





Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook


EPISOD 2 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

 

EPISOD 2 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Pada umur 16 tahun FY diterima masuk ke Sekolah Menengah Teknik KL di Cheras dan tinggal dalam asrama. Entah macamana ketika itu FY selalu pergi rumah pakcik FY di Bandar Tun Razak. Dia ni peminat Superbike walaupun dia tak ada Superbike pada masa itu.

Dari sini tertanam cita cita yang FY juga mahu memiliki sebuah superbike satu hari nanti.

Mulai saat itu, setiap kali bertemu dengan Superbike atas jalan pasti berderau darah melihatnya. Pada masa itu tak banyak motor Superbike atas jalan. Motor kapcai jer yang bersepah. Cakaplah dengan keluarga FY mengenai impian tu... Kata mereka... 

"Sudahlah FY, hentikan angan angan mat jenin tu... Kau tu anak jaga manalah mampu nak beli motor semahal tu." 

Umur ketika itu 16, tahun 1986.

Tahun 1993. Umur 23. Tengah study ambik degree Investment di University of Nebraska. Lincoln USA. Kerja part time. Duit gaji tak pakai, cek tu disimpan dan dikumpul selama 6 bulan. Nak beli moto, nak beli moto. Masa tu moto Superbike terhebat ialah Honda CBR900RR Fireblade tapi ia terlalu mahal. Takper satu hari nanti FY akan beli jugak... Detik di hati... Buat masa ni beli motor yang mampu beli.

FY ambik loan bank di USA beli motor Superbike pertama FY Kawasaki ZX6. Beli kat sebuah pekan bernama Beatrice 50km dari Lincoln, Nebraska.

Semua pelajar Mesia terkejut sebab FY rupa rupanya student pertama yang berjaya dapatkan loan dari Bank di USA beli motor. Hawhawhaw...

Penghujung tahun 1994 tak ada duit nak bawak balik motor tu nak kena bayar USD600 kos pengangkutan.

Camaner eh? Otak kena laju fikir.

Sewa lori buat business export barang-barang pelajar yang dah graduate dan nak balik Malaysia. Hantar dengan kapal. Collect barang barang penuh satu lori, collect upah, masukkan motor FY sekali.

Drive lori (Lesen kereta di US boleh bawak lori sampai 3 tan) dari Nebraska 10 jam ke Chicago syarikat penghantaran tu.

Untung cukuplah bayar kos business, makan, minyak dan yang penting kos penghantaran motor tu.

Cukai motor kita cari jalan bila balik Mesia nanti. Hawhawhaw...

Tahun 2014.
CBR900RR Fireblade dah tak kuar lagi. Terpaksalah beli CBR1000RR aka Rabbit sebagai ganti... Impian menjadi kenyataan. Hawhawhaw.



Moral of the story?

Kata boleh! Doa boleh! Semua boleh! Pasti boleh!

Nota kaki - Keluarga FY tak bersalah dalam mana mana penceritaan FY nie... Orang susah pemikirannya memang begitu.

Jadilah orang yang berjaya, walau orang lain kata mustahil sekalipun ia tak mustahil asal ia dibenarkan Allah Taala... Jangan peduli apa orang kata peduli apa Allah kata...

Sekian episod kali ini...

Soalan ; masa umur 16 apa cita cita korang yer? Dah tercapai?

FY Al Haj

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

EPISOD 3 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 3 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Kenapa FY suka membantu...

Diari FY 31 Mei 1986

FY tingkatan 4 masa tu balik dari Sekolah Menengah Teknik KL. Naik bas Tong Fong no 123 sampai ke Cahaya Suria berdekatan Kota Raya... Dari situ menapak ke Kota Raya untuk menaiki bas Sri Jaya ke Kg Kerinchi. Menanti bas no 238 yang menghala ke Petaling Jaya. Kalau nasib baik dapat bas no 40 terus ke Universiti Malaya.

Hari itu agak lewat malam kerana balik sekolah FY ke library di Pusat Islam kemudian melepak dan makan malam di Central Market.

Nasib baik Bas Sri Jaya bernombor 40 sampai. Bas ini selalunya tak ramai orang yang naik kerana ia menuju masuk ke UM. FY tinggal di kuarters pengawal di Kampung Awal. Dalam UM.

FY naik dan duduk di belakang sekali. Naik sama seorang nenek tua membawa sebungkus mungkin dalam 15 ke 20 biji limau oren duduk di kerusi selang dua tiga kerusi depan FY. Pada zaman itu pintu bas jenis yang terbuka tidak ditutup seperti sekarang.

Cuma ada 3 ke 4 orang penumpang malam itu. 

Entah kenapa malam itu bas tersebut dipandu laju. Mungkin pemandunya dah nak habis shif untuk pulang ke rumah.

Keluar Bas Stand Klang ia masuk ke dalam Federal Highway dan ketika ia membelok ganas berhampiran Istana Negara, buah limau nenek tersebut jatuh dan bergolekan di dalam bas tersebut dari kiri ke kanan dan sebaliknya hingga ada yang terjatuh keluar bas.

Nenek tersebut merangkak cuba mengutip buah buah tersebut di dalam bas tersebut. Penumpang yang lain menoleh dan memandang namun langsung tidak menghulur bantuan... Ketika itu FY 16 tahun. Budak bodoh yang juga memandang kepayahan nenek tersebut mengutip buah buah oren yang berkeliaran bergolekan di dalam bas tersebut. Merangkak dan terus merangkak serta masuk ke celah tempat duduk penumpang cuba mendapatkan buah tersebut. Dapatlah dua biji berjaya dimasukkan ke dalam beg plastik itu kembali. 

Begitulah senarionya sepanjang perjalanan hingga sampai ke Bangsar. FY si bangang hanya terpaku di tempat duduk. Limau oren yang melintas di kakinya juga tidak dikutipnya.

Di Kg Abdullah Hukum nenek itu menekan loceng untuk turun. Adalah 5 biji limau yang dapat dipungutnya. Selebihnya samaada jatuh ke luar bas atau masih berselerak di penjuru penjuru di dalam bas tersebut.

Kekecewaan dan kesedihan terpancar di wajah nenek tua itu. Matanya berkaca-kaca... Dia melangkah longlai turun dari bas tersebut.

Rasa bersalah mula menerjah setiap pelusuk sanubari anak remaja bernama FY itu. Kenapa dia hanya duduk memandang? Kenapa dia tidak membantu sedangkan kudratnya masih muda dan utuh. Kenapa dia tak suruh pemandu bas itu berhenti seketika? Pelbagai persoalan bermain di relung hatinya...

Turun di Kolej Pertama Universiti Malaya. Dia terjelupuk terus terduduk. Airmatanya remajanya bergenangan jatuh. Kekesalan demi kekesalan menerjah jiwanya...

Dari detik itu, dari saat itu dia bertekad dan membulatkan azam untuk membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan selagi dia terdaya berbuat demikian...

Dan semenjak itu remaja itu membesar dan membantu dan terus membantu kemalangan, kesakitan, kesulitan atau apapun juga namun kekesalan dari peristiwa malam 31 Mei 1986 itu masih menghantui dirinya...😭😭😭 

Semoga kisah ini membawa iktibar kepada sesiapa sahaja yang dijodohkan dengannya.

Nukilan 

FY Al Haj

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

EPISOD 4 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

 


EPISOD 4 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY
Episod Underestimate

Sebenarnya semasa muda FY merupakan seorang yang loyar buruk, tidak pernah serius, suka mempermain dan mempersendakan orang lain sebagainya.

Oleh kerana sifat  yang ada pada FY itu maka kebanyakan orang keliling mengambil remeh dan suka merendah-rendahkan FY. Mereka mengatakan dalam adik beradik, FY tak mungkin akan dapat belajar keluar negara. mereka berkata elakkan diri dari dijodohkan dengan FY. Mereka berkata itu dan ini. 

Memang sebenarnya FY suka orang memandang rendah terhadap FY tetapi di dalam diri FY sebenarnya seorang yang mempunyai misi dan visi yang jelas dan tahu apa yang perlu dilakukan dan kemana yang FY perlu hala tuju untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan ini. Hakikat yang tersiratnya FY adalah seorang yang fokus!

Tatkala orang memandang rendah pada FY dan bilamana FY membuktikan yang sebaliknya pasti akan mengejutkan mereka. Ini kerana mereka tak sangka yang FY mampu berbuat demikian. ( Dengan izin Allah )

Tatkala orang keliling mengatakan FY tak punya ketokohan dan karisma untuk belajar di luar negara, FY buktikan yang sebaliknya dan berjaya menyambung pelajaran ke USA. Kalau difikirkan berapa keratlah anak Pak Gad dari seluruh Malaysia ini yang berjaya berbuat demikian way back pada tahun 1992. Ini kerana pada masa itu tak ramai pelajar yang pandai. 

Tatkala semua budak Kampung Awal punya motor kapcai baru, RXZ dan sebagainya FY cuma punya motor kapcai buruk lampu bulat second hand gear satu tekan belakang. Pada masa itu selalunya lepas SPM para Pak Gad akan belikan anak-anak mereka motorsikal supaya senang  buat kerja Despatch. 

Tapi FY pula sambung belajar hingga ke USA. Balik USA bawa bersama motor superbike kawasaki 600cc. Menjadi satu-satunya anak Pak Gad yang ada motor Superbike pada ketika itu pada tahun 1994.

Di Kenanga contohnya, bilamana FY mengatakan yang FY akan meletupkan Kenanga dan menjadi Remisier terunggul tak ada sesiapapun percayakan FY. Malah mereka senyum sinis dan ketawa. Yelah mana taknya pada masa itu FY dah 6 bulan tak datang pejabat dan merupakan antara Remisier yang paling teruk prestasinya.  

Namun demikian selang beberapa tahun selepas itu FY mendapat anugerah Top Performing Remisier di Kenanga dikalangan hampir 1000 remisier yang ada walhal lebih 70% Remisier adalah terdiri dari bangsa Cina yang telah begitu lama melabur. Pastilah ia akan membeliakkan biji mata!

Dalam penulisan buku pulà, bilamana FY mengatakan yang FY mahu menulis dan menerbitkan buku maka orang keliling memperlekehkan FY. Angan-angan Mat Jenin kata mereka.

Tapi bila 2 buku hasil karya FY memenangi anugerah dana penulis dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia mereka tak cakap apapun...

Apapun anda akan jumpa banyak lagi kisah underestimation ini dalam episod-episod yang akan datang.

Kenapa begitu? Ini kerana kita sering melihat dan menilai sesuatu berdasarkan perspektif diri kita sendiri. Kita sangkakan apa yang kita tak boleh buat, orang lain juga tak boleh buat. Bila orang lain kata dia hendak buat sesuatu perkara yang kita tak boleh buat, maka kita perlekehkan apa yang orang lain cuba buat itu kerana kita sangkakan ia tidak boleh dibuat atau atas sebab kita sendiri tak mampu untuk membuatnya. Faham tak nie?

Dalam hal ini kita sebenarnya tidak tahu akan apa keupayaan orang lain. Jadi sebaiknya kita menyokong dan memberi dorongan atas apa yang juga yang mereka cuba buat. Sesungguhnya itu adalah lebih baik.

Whatever it is, do your best at whatever yo do!

Nak tahu kisah seterusnya? Komen YES! Dan FY harap anda bersangka baik dengan kisah FY ini. Perkongsian ini tak lain hanyalah untuk diambil iktibar dan tak lebih dari itu.

FY Al Haj

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

EPISOD 5 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

 


EPISOD 5 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Fasa kegelapan...

Ada kalanya bila FY bercerita ada yang mengatakan yang hidup ini umpama roda adakalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. Dalam episod kali ini ia kisah roda di bawah...

2001
Bulan Mei tanggal 9 haribulan bapa FY Yusup Jamal ( Pak Gad dalam cerita ini ) meninggal dunia kerana serangan jantung pada umur FY 31 tahun. Oleh itu masa tiga bulan kami terpaksa meninggalkan quarters yang kami duduki selama lebih 25 tahun di Kampung Awal itu. Hilang bapa Hilang kawan, rakan dan taulan.

Anak pertama FY pula dijadualkan akan dibedah tak lama lagi kerana menghidapi penyakit jantung berlubang. Duit simpanan bagi membiayai pembedahan itu pun belum lagi mencukupi. Ia memerlukan kos RM20,000 untuk tujuan itu. Gaji cukup makan, kais pagi makan pagi...

Pada masa itu FY melakukan tiga empat kerja pada satu masa. Menjual saham amanah BHL, menjual insuran Great Eastern, MLM Amway, Revell dan sebelah malam bekerja dari jam 10 malam hingga 2-3 pagi menyiapkan kerja-kerja di Pekan Ilmu Publications di Pandan Indah. Besok pagi kena pergi kerja lagi sebagai dealer's rep di Kenanga. Memang kurus kering dibuatnya pada masa tu. 

Di pejabat pula FY dipindahkan dari HQ ke cawangan di Petaling Jaya. Tempat baru, persekitaran baru, kawan-kawan baru. Anak pertama FY pula selalu sahaja sakit. Kerja pun jadi tak menentu asyik MC sebab bawa anak ke hospital. FY semakin tertekan dan pening kepala.

Oleh sebab ibu FY terpaksa berpindah ke Shah Alam jadi kami adik beradik dua pasang suami isteri terpaksa berpindah ke tempat lain. FY berpindah ke rumah flat di Pandan Indah. Kejiranan baru, tempat baru, orang baru sekali lagi.

6 bulan cuba membahagi masa, memperbaiki keadaan tiba-tiba mak FY mengatakan hasrat untuk berkahwin! Alamak! Satu lagi variables berubah dan perlu diatasi. Iaitu menerima dan menyesuaikan diri dengan bapa tiri yang baru...

Tempat tinggal baru, tempat kerja baru, bapa tiri baru, duit tak berapa nak ada, motor tinggal kapcai C70, (itupun arwah yang punya) barang rumah tak ada, anak sakit nak kena bedah, FY pula tak berapa sihat...

Fasa ini dalam hidup, FY namakan sebagai fasa kegelapan umpama berada dalam gaung yang amat dalam, gelap dan sangat dingin... Hanya Allah tempat FY mengadu dan meminta pertolongan...

Beberapa tahun kemudian FY pula terkena serangan jantung... Kemudian anak kelima FY juga didapati menghidap penyakit jantung berlubang! Anak keenam pula keguguran dan pelbagai dugaan lagi.

Alhamdulilah... Syukur kehadrat Allah kerana memilih FY untuk menghadapi semua dugaan ini... Pasti ada kebaikan yang menanti andai FY lepas semua dugaan ini.

Dugaan para Nabi dan Rasul lebih teruk. Nabi Ayub AS contohnya lagi down! Ingatlah dugaan tak lain diturunkan Allah untuk menguji keimanan kita sebagai manusia. Dugaan bukan untuk menjadikan kita kufur. Lagipun tak beriman seseorang manusia itu sekiranya dia belum diuji.

Dalam hal ini apa juga dugaan yang kita lalui sepanjang kehidupan hendaklah kita bersabar dan berusaha untuk mengatasi apatah lagi Allah telah berjanji untuk tidak membebankan kita dengan dugaan dan kita tidak boleh bawa.

Hidup kena cool, hati kena mulia... Perjuangan kehidupan harus diteruskan biar payah, biar sengsara namun jangan sesekali berputus asa... Tali Allah Taala dipegang utuh...

Apa yang terjadi seterusnya?

Bersambung...

FY Al Haj

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

EPISOD 6 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

 


EPISOD 6 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Sejak dari dulu lagi seingat FY, Ibu FY bertungkus-lumus untuk mencari rezeki tambahan buat keluarga mengambil tempahan menjahit baju kurung memandangkan gaji bapa FY sebagai Pak Gad itu tidak mencukupi untuk membiayai keluarga.

Ibu FY ini penjimat orangnya.  Sesekali pasti dia akan membawa kami makan di restoran yang sedap. Kemudian siapa yang berjaya meningkatkan prestasi pelajarannya pasti akan mendapat hadiah darinya.

"Kita orang susah, kita tak ada harta, kita tak ada modal, mak abah kau bukan orang kaya yang boleh tinggalkan harta berjuta..." Ujar ibu FY.

"Sebab tulah kamu kena belajar bersungguh-sungguh kerana itu sahaja modal yang kamu ada untuk berjaya di masa depan. Kalau kamu ada ilmu, orang tak boleh mempermainkan kamu, menipu kamu apatah lagi memijak kamu..." Tambahnya lagi. Kata-kata itu masih segar dan terngiang-ngiang dalam ingatan FY sehingga kini. 

Kata-kata ini jugalah yang FY harap anda ambil andai anda orang susah seperti FY dulu...

Semasa semester pertama dan kedua FY selalunya berjalan kaki dari kolej Jati ke Business School. Kalau takpun naik bas mini dari Seksyen 2, Shah Alam. Elaun seminggu hanya RM20 ketika itu...

Julai 1989...

Menjelang semester ketiga di ITM ibu FY telah menghadiahkan motor kapcai Honda C7O warna silver lampu bulat second hand yang dibelinya pada harga RM850. Punyalah sayang motor kapcai tu. BAM1070 no platnya masih FY ingat lagi. Inilah motor pertama FY begitupun dalam hati masih fokus untuk mendapatkan superbike. Impian pada umur 16 tahun dulu.

Ia sebagai hadiah kerana FY berjaya lulus cemerlang dan diterima masuk ke kursus Diploma Analisa Pelaburan walhal dua semester tahun yang pertama FY dalam kursus Diploma Pembankan. Budak loklak bernama FY tulah antara 3 orang pelajar yang dipilih menyertai ini kursus DIIA dari cawangan ITM Shah Alam. 1 lelaki 2 perempuan. Pelajar lain pula untuk kursus DIIA ini dipilih dari 9 cawangan ITM lain dari seluruh negara. Semua mereka hebat hebat belaka. Sijil Dekan belaka. FY yang paling corot agaknya di kalangan mereka... Hawhawhaw...

Oct 2015.

"Nah mak ini hadiah FY buat mak! Kalau dulu mak bagi saya hadiah motor Honda Cub sebagai balasan FY bagi mak hadiah sebuah kereta Honda City! Semua dah FY kawtimkan... Mak takyah bayar apa-apa." Kata FY sambil menghulurkan kunci kereta baru itu kepada ibunya.

Ibu FY gembira! Dapat anak mithali seperti FY! Eh! Ye ke? Hawhawhaw...😂



Moral 1 - Carilah ilmu sebagai modal kehidupan.

Moral 2 - Buat baik kepada ibu adalah salah satu punca rezeki! 

Anda suka cerita ini? Like, share dan kongsikanlah. Semoga ramai yang mendapat inspirasi darinya. 

Nukilan,

FY Al Haj

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

EPISOD 7 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

 


EPISOD 7  - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

Bagaimana FY dapat ke menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat.

Episod melepasi halangan.

Pada ketika itu pada tahun 90 an untuk menyambung pelajaran selepas peringkat diploma ada beberapa perkara yang kita perlu lakukan dan ia mengambil masa. Kita perlu ;

- Kelulusan diploma yang baik
- Kelulusan Test Of English as Foreign Langiage (TOEFL)
- Mendapatkan biasiswa / pinjaman
- Mendapatkan tempat di Universiti diiktiraf di USA dengan syarat-syarat tertentu.

Tahun 1991
Alhamdulillah keputusan Diploma Analisa Pelaburan FY memadai dan cukup syaratnya untuk FY memohon peluang belajar di USA.

HALANGAN 1
Test of English as Foreign Language TOEFL.

"Kamu tak belajar ke FY? Exam TOEFL tu dah dekat, karang gagal macamana? Duit periksa dah bayar tu! Janganlah sampai kena ambik 2 3 kali!" Ujar ibu FY seakan geram melihat FY yang tak usik pun buku TOEFL tu.

Sebenarnya FY lulus English dengan kelulusan A sejak sekolah rendah lagi. Cumanya FY pandai tulis dan faham... tapi jarang bercakap bahasa Inggeris kecuali kalau perlu... Itu yang menyebabkan mak FY tak kondifen tu! (konfiden = confident)

Nak tahu kenapa FY pandai English? Sebab bapa FY si Pak Gad tu tak bagi tengok cerita melayu kat TV.... Dari kecik kena paksa tengok cerita orang putih... Dari Dr Kildare, Space 1999, Moby Dick hingga ke Six Million Dollar Man, Captain Caveman, Greatest American Hero, Bionic Woman, Hulk, Combat, High Chapparal, Knight Rider sampai ke Dallas dan Dynasty dan begitulah seterusnya. 

Tip nak bagi anak pandai Bahasa Inggeris - Jangan bagi dia tengok cerita melayu! Dia dah cakap melayu dengan kita... Tengok TV kena English!

Oleh itu TOEFL tak ada masalah! Lulus!

HALANGAN 2

Mendapatkan biasiswa/pinjaman

Mengisi borang dan memohon biasiswa dari JPA dan MARA juga ada halangannya. Mendapatkan cop sokongan orang besar dan tanda tangan bapa FY juga ada tragedinya yang tak sampai hati FY nak ceritakan...

Pak Gad tu umur 17 dah keluar rumah jadi dia memang tak sokong FY menyambung pelajaran. Dia suruh FY kerja! Tak apalah itu episod rahsia...

INTERVIEW

Hari Interview di Pejabat MARA, Medan Mara bagi mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran ke Amerika.

"Kamu datang sini naik apa?" Tanya pegawai itu kepada FY...

"Naik motor tuan..." Jawab FY perlahan.

"Motor apa?" Tanya pegawai MARA yang seorang lagi.

"Yamaha RXZ tuan..." Jawab FY.

"Kayalah kalau begitu, awak datang kesini bawa motor RXZ. Jadi awak tak perlukan biasiswa ini..."

"Tak tuan, sebenarnya motor tu saya pinjam dari kawan saya bernama Zainal. Kalau tuan tak percaya tuan tengok keychain motor ini." Keychain kulit yang tertera nama Zainal di atasnya FY keluarkan dari poket kanan seluar slack bewarna hijau tua yang dipakai ketika itu.

"Malah seluar yang saya pakai ini saya pinjam dari kawan bernama Azlan dan kasut ini pula saya pinjam dari kawan bernama Azam. Baju yang saya pakai ini sahaja milik saya tuan..." Tambah FY lagi dengan nada sedikit hiba...

Kedua-dua pegawai MARA itu seakan tergamam dan tak menyangka jawapan yang keluar dari mulut FY itu... Mereka  menulis sesuatu di atas kertas penilaian yang ada di depan mereka. Selang beberapa soalan selepas itu mereka membenarkan FY pulang.

FY tak tahu apa keputusan permohonan tersebut tetapi rasa FY telah buat yang terbaik. Semuanya yang FY sampaikan adalah benar belaka. Itu yang penting. Pada FY usaha telah dijalankan, selebihnya serahkan sahaja bulat-bulat kepada Allah Taala.

Dua minggu kemudian.

FY mendapat surat rasmi dari pihak MARA yang berbunyi " Sukacita dimaklumkan...."

Yeayyy!!! Permohonan FY telah berjaya! syaratnya FY mesti mendapatkan tempat dengan kursus Kewangan ( Pelaburan),  60 credit transfer, 2 tahun pengajian di mana-mana universiti yang diiktiraf kerajaan.

Biasiswa siap! La ni usaha mendapatkan tempat yang memenuhi syarat biasiswa tersebut.

HALANGAN 3

Mencari dan mendapatkan tempat di Universiti

Mengirim surat demi surat, universiti demi universiti dan ia pastinya menelan belanja yang banyak. Namun demikian yang masih belum berhasil kerana syarat yang diperlukan tidak dapat dipenuhi samaada dalam isu tempoh masa pengajian mahu pun dalam isu credit transfer yang tidak mencukupi.

Akhirnya setelah lebih 6 bulan memohon dan mengharapkan jawapan dari pelbagai universiti di sana dengan jawapan yang mendukacitakan sehingga ibu FY berputus asa kerana semua surat yang dibuka hanya membawa berita kegagalan.

Akhirnya beberapa bulan selepas itu syarat-syarat tersebut dipenuhi di Universiti of Nebraska di Lincoln. USA.

Akhirnya tanggal 3 September 1992 FY ke USA menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan dan Pelaburan...

Well, dalam hidup memang ada banyak masalah dan halangan. Tapi anggaplahbia sebagai GOOD PROBLEM. Walaupun ia PROBLEM tapi kalau kita dapat mengatasinya maka ganjaran akan menanti di depan.

Analoginya umpama anda berada dalam terowong yang gelap.. Apapun percayalah ada cahaya di hujung sana. Apa yang penting ialah untuk teruskan perjalanan!

Sekian episod kali ini...

FY Al Haj

PS - Pada masa USD1 : RM2.57

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY

EPISOD 1 - KISAH ANAK PAK GAD BERNAMA FY  Entah kenapa teringat kisah kehidupan FY dulu...  1971  Pindah dari Segamat, Johor ke rumah seting...